Friday, 17 September 2021

(Video) Sekolah bela ikan dalam longkang ketika ditutup akibat Covid-19



Sejak beberapa bulan lalu, sekolah telah ditutup disebabkan penularan Covid-19. Boleh dikatakan hampir dua tahun murid-murid belajar di rumah menerusi dalam talian. Sekolah-sekolah lengang tanpa riuh-rendah suara anak-anak. 


Namun begitu, baru-baru ini tular di sosial media apabila ada yang berkongsikan rakaman sebuah sekolah memelihara ikan di dalam longkang. 


Satu inisiatif yang cukup kreatif dan mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian oleh dua pemilik akaun TikTok berbeza, nampak macam dari satu projek yang sama. 


Perkongsian video itu memaparkan projek membela ikan di dalam longkang kecil kaki lima sebuah sekolah. Anak ikan bebas berenang di dalam longkang cetek membuatkan ramai berpendapat ianya seperti di negara Jepun yang memelihara hidupan ini dengan cara lebih kurang sama. 


Berikut adalah perkongsian video pelihara ikan dalam longkang sekolah yang dimuat naik oleh dua individu ini:


@azusepet_

longkang sekolahπŸƒ‍♀️πŸ”₯

♬ Dahsyatnya Cintaku Remix - π•¬π–Œπ–šπ–˜ π•―π–†π–“π–ˆπ–Žπ–‘ πŸš€
@azusepet_ rindu betul lah .bukan selalu kan sekolah ad longkang letak ikan ni🀣time buat ni satu kelas mentel🀣ala ala sekolah jepun#fypppppppppp #fypppppppppp ♬ bunyi asal - Cepet

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon