![]() |
Murid Tingkatan Empat dan Lima SMK Sri Matang Kuching beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer di Klinik Kesihatan Kampung Telaga Air dekat sini, hari ini. - Foto BERNAMA |
KUALA LUMPUR: Suntikan vaksin COVID-19 kepada murid di Labuan dan Lembah Klang akan diberikan selepas selesai vaksinasi di Sarawak, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
"Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah memberi kebenaran pelaksanaan vaksinasi COVID-19 terhadap murid.
"Vaksinasi murid di Sarawak akan bermula hari ini, bermula dengan remaja berumur 16 dan 17 tahun dan berumur 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.
"Ia akan diikuti oleh Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi. Kita akan memberikan vaksin jenis Pfizer," katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.
Kumpulan pertama daripada 76,400 murid di Sarawak akan menerima suntikan vaksin mereka, hari ini. – BERNAMA