10 September - Pendidikan bukan untuk dipertandingkan. Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad hari ini mengulas kenyataan seorang mantan menteri yang menyarankan sistem 'ranking' sekolah dikembalikan dalam pendidikan negara ini.
"'Ranking system' ada baiknya. Ia mungkin menyelesaikan satu dari lima matlamat pendidikan iaitu matlamat akademik. Tetapi belum tentu dapat selesaikan matlamat pendidikan yang lain seperti pengukuhan emosi, jasmani, rohani dan sosial murid-murid," katanya.
Beliau berkata, 'ranking system' akan membawa balik kepada pendidikan berasaskan peperiksaan yang mana ianya satu pemikiran lama yang berfokuskan semata-mata kepada keputusan peperiksaan dangan mengabaikan perkara-perkara lain.
"Kedua, apabila kita mahu melakukan ranking system, pastikan padang permainan sama rata terlebih dahulu.
Selesaikan dahulu isu sekolah daif, sekolah pedalaman yang kurang kemudahan dan sekolah kurang guru opsyen. 2/3 sekolah di Malaysia berhadapan dengan isu-isu tersebut," jelasnya lagi.
Beliau berkata, jika perkara-perkara di atas dapat diselesaikan, 'ranking system' ini mungkin sesuai untuk dilaksanakan walaupun ianya bukanlah satu-satunya matlamat pendidikan.
"Pendidikan bukan untuk dipertandingkan. Pendidikan adalah untuk membangunkan insan yang seimbang dan berguna," katanya.
Apabila kita memaksa vaksin maknanya kita sudah melakukan kezaliman pada manusia.kerajaan telah merogol hak rakyat yang tidak mahu vaksin..
ReplyDelete