Beliau berkata demikian selepas mengulas laporan berita berkaitan guru yang enggan divaksin akan tetap ke sekolah tetapi diberi tugas lain selain daripada mengajar muridnya.
“Boleh pula bertolak ansur. Berilah cadangan yang tegas sikit.
“Misalnya, untuk menjaga keselamatan guru-guru yang berkeras tak nak divaksinkan, mereka akan dipindahkan ke sekolah berisiko rendah penularan COVID-19 seperti sekolah pedalaman 3,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan, seramai 2500 orang guru yang enggan divaksin akan tetap kembali bertugas di sekolah tetapi tidak akan berinteraksi dengan muridnya secara bersemuka malah akan diberikan tugasan lain.
Sekolah akan mula dibuka secara berperingkat untuk semua negeri kecuali negeri Fasa 1 dan hanya akan bermula dengan murid kelas peperiksaan sahaja.