Tuesday, 28 September 2021

Guru besar ditahan SPRM


Seremban: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang guru besar bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah hampir RM2,500, dua tahun lalu.


Sumber memberitahu, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini, pada 1.30 tengah hari ini selepas hadir memberikan keterangan.


Difahamkan, guru besar berkenaan membuat tuntutan palsu bagi beberapa program di sekolah tempatnya bertugas pada 2019 dengan menggunakan peruntukan Bantuan Makanan Prasekolah (BMP), sedangkan program terbabit tidak dilaksanakan.


Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban esok untuk permohonan reman.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon