12 September - Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, dipetik sebagai berkata cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat penggiliran ke sekolah berasaskan kelas adalah tidak praktikal.
"Cadangan tersebut akan meningkatkan beban tugas mengajar para guru.
"Guru terpaksa mengulangi dua kali sesuatu topik yang diajarkan kepada dua kumpulan pelajar bagi kelas yang sama. Kalau guru tak wajib habiskan silibus, itu tidak mengapa," katanya.
Beliau sebelum ini telah menyarankan agar kaedah penggiliran ini dilakukan mengikut tahun atau tingkatan seperti mana yang beliau telah cadangan pada April 2021 yang lalu.
Perkara tersebut dikongsikan di dalam penulisan di laman Facebook beliau sebentar tadi.