Tuesday, 14 September 2021

Ahli akademik terkejut KPM enggan turunkan kuasa pengurusan operasi kepada sekolah


14 September - Pendekatan KPM untuk tidak mengamalkan disentralisasi mengejutkan seorang ahli akademik yang sering mengutarakan isu pendidikan di dalam negera ini. Bagi Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad, ianya satu kejutan kerana KPM menganggap ianya sebagai satu kesulitan.


"Jawapan YB Menteri Pendidikan sebenarnya agak mengejutkan saya. Beliau berkata "desentralisasi akan menyebabkan berlaku pencanggahan". 

"Maksudnya desentralisasi adalah sesuatu yang menyusahkan. Bagi bersangka baik, mungkin jawapan beliau ini ditujukan khusus pada masyarakat umum yang tidak faham tentang konsep desentralisasi pendidikan," katannya melalui satu hantaran di Facebook beliau.

Menurut beliau, sistem pendidikan di seluruh dunia khususnya di negara maju sudah lama bergerak kepada desentralisasi pendidikan. Beliau memberi contoh seperti negara-negara di Scandanavia khususnya Finlad, Sweden dan Norway.

Katanya, amalan desentralisasi pendidikan telah terbukti meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan, keberkesanan kos pengurusan kewangan, kepimpinan sekolah serta kualiti pengajaran dan pembelajaran. Banyak kajian-kajian empirikal telah pun berjaya membuktikannya.

"Sebaliknya, amalan sentralisasi pendidikan adalah warisan penjajah. Tujuan sentralisasi pendidikan ialah untuk mengawal dan mengongkong rakyat.

"Amalan sentralisasi pendidikan tidak meningkatkan keberkesanan kerana hanya satu pihak sahaja yang membuat keputusan pendidikan mengikut citarasa dan kecenderungan mereka secara berpusat. Amalan 'one size fits all' dalam pendidikan nampak sahaja seperti 'sama untuk semua' tetapi sebenarnya ia 'tidak adil untuk semua'," katanya lagi.


Beliau berkata, Bank Dunia pada tahun 2013 telah melaporkan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling berpusat (most centralized) sistem pendidikannya.


"Tentulah tidak pelik sebab jika kita ingat ketika pelaksanaan PdPR 1.0 dan 2.0 dulu pun, sampaikan jadual waktu persekolahan untuk PdPR juga disediakan oleh KPM di Putrajaya.


"Sepatutnya urusan seperti ini diputuskan di peringkat sekolah mengikut kesesuaian lokaliti. Sesuatu yang sama tidak semestinya adil," katanya lagi.


Menurut beliau, kerana terlalu berpusatlah, isu sekolah daif sehingga sekarang belum dapat diselesaikan termasuklah isu guru bukan opsyen dan guru duka lara. Beliau berkata, jika Malaysia ingin majukan sistem pendidikan negara, amalan disentralisasi pendidikan negara adalah antara pra syarat utama.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon