Ibu bapa sering merungut berkenaan kesukaran mereka untuk memastikan anak-anak di rumah untuk mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) oleh pihak sekolah.
Antara rungutan yang sering didengar adalah kesukaran untuk kejutkan anak-anak dari tidur untuk ikuti kelas dalam talian mereka.
 |
Mohd Shariman Che Idris - Sumber Facebook |
Mohd Shariman Che Idris, konsultan di Excite Learning Consultancy menyarankan untuk ibu bapa menggunakan teknik F.L.A.C untuk mewujudkan rasa tanggungjawab kepada anak-anak untuk mengikuti kelas dalam talian oleh pihak sekolah.
Menurut beliau, empat proses ini sangat sesuai digunakan terutama untuk anak yang tegar menerima nasihat berusia sekitar 7 hingga 14 tahun.
1. Fear.
Bina rasa takut dalam diri anak/pelajar.
Contohnya: Takut telefon diambil / takut tak dapat main game / takut gagal exam / takut malu dengan kawan dan lain-lain yang sesuai.
"Amir, suka main game. Okay ibu fikir begini. Setiap hari Amir mesti masuk kelas PdPR dan petang Amir boleh main game kat phone. Kalau Amir tak masuk kelas PdPR, ibu akan simpan phone ni. Amir tak boleh main game. Setuju?"
Bukan ugut tetapi guna teknik naratif untuk timbulkan rasa takut.
2. Learning
Lihat reaksi anak / murid, air muka mereka, vibrasi suara. Jika elemen takut telah masuk, proses selanjutnya adalah learning. Bina dan nampakkan solusi, win win untuk anak / pelajar.
Beri suntikan kepada anak mengeni apa yang dia perlu buat dan manfaat untuk dia.
Gunakan teknik What Who Why When Where dan How.
"Amir masuk kelas online tanpa miss dan buat ulangkaji, tugasan apa yang cikgu minta. Result Amir akan bagus.
Setuju dengan abah?
Dan kita akan celebrate bersama, makan di kedai Korea yang Amir suka itu"
Anak akan learn. Belajar - sukses - dapat ganjaran yang dia suka dan mahu.
3. Adapt
Ulang ulang ulang dengan sabar dan istiqamah. Gunakan proses sama tetapi naratif berbeza.
Kita sedang bentuk budaya dan design situational untuk anak.
Jangan mudah koyak. Terus beri peneguhan buat anak.
4. Change
Kita akan dapat lihat perubahan pada diri anak. Beri anak pujian dan peneguhan walaupun change itu kecil.
"Abah suka tengok Amir dah ready depan komputer jam 7.30am untuk PdPR"
Beri galakan, kata-kata baik dan motivasi berterusan untuk anak.
Insya-Allah pelan-pelan anak akan berubah dan membentuk budaya baru.