Friday, 27 August 2021

Kesihatan wanita selepas persaraan, antara realiti dan fantasi

Imej hiasan via Bernama

Puan Najibah adalah seorang guru yang telah berkhidmat kira-kira 30 tahun dalam bidang pendidikan. Kehidupannya yang sibuk dengan sekolah, menyebabkan beliau kurang aktif untuk menjaga kesihatan diri. Beliau juga begitu komited dengan kerjayanya hingga tidak sempat untuk memikirkan keperluan kesihatan tubuhnya. Oleh kerana tidak mengalami apa-apa penyakit yang serius, beliau tidak menganggap ianya perkara yang penting untuk difikirkan.  


Baca juga: Kurang upaya menjelang usia emas, apa yang perlu dilakukan?


Puan Najibah kini menghitung hari untuk tarikh persaraan wajibnya. Macam-macam di dalam fikiran dan perancangannya selepas bersara. Beribadat, melancong dan pelbagai aktiviti yang tidak sempat beliau lakukan ketika berkhidmat ingin beliau laksanakan. Namun begitu, perancangan hanya tinggal perancangan. Sebulan selepas hari persaraan, beliau sering sakit-sakit dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di rumah sahaja.


Walaupun begitu, Puan Najibah tidak menganggapnya sebagai halangan untuk beliau TERUS AKTIF. Perlahan-lahan beliau mengambil peluang persaraannya itu dengan melakukan aktiviti-aktiviti ringan seperti mana dinasihatkan oleh doktor. Beliau tidak mudah mengaku kalah dengan keadaannya kerana beliau sedar ketika di dalam perkhidmatan, beliau tidak sempat untuk melakukan riadah ringan sekalipun untuk kesihatan tubuhnya itu.


Kesihatan boleh mempengaruhi kualiti hidup seorang pesara. Kualiti hidup yang baik dapat dicapai apabila bebas daripada penyakit dan secara fizikalnya TERUS AKTIF. Oleh itu, kesihatan dan kualiti hidup saling berkait. 

Imej hiasan - via Harian Metro

Kajian oleh McGarry (2004) mendapati perubahan semasa bersara adalah lebih besar terhadap perubahan kesihatan berbanding dengan perubahan kepada pendapatan dan kewangan. Kenyataan itu disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Dorfman (1995). Beliau mendapati pesara lebih terdedah kepada penyakit-penyakit kronik semasa persaraan. Pesara lelaki cenderung mendapat sakit jantung, diabetes dan strok, manakala pesara wanita lebih terdedah kepada penyakit kanser dan masalah penglihatan. 


Wanita perlu lebih aktif berbanding lelaki apabila tiba di usia emas ini. Antara sebabnya, wanita lebih berisiko menghidap penyakit yang berbahaya berbanding lelaki. Adakalanya ianya boleh menyebabkan kegagalan untuk bergerak dan bertutur.

Imej hiasan via Harian Metro

Walaupun wanita lebih berisiko menghidap penyakit yang berbahaya berbanding dengan lelaki, tetapi didapati wanita lebih mempunyai kesedaran dalam penjagaan kesihatan berbanding dengan lelaki. 


Baca juga: Kesihatan di usia emas jangan diabaikan


Wanita dilihat lebih kerap mendapat rawatan atau membuat pemeriksaan kesihatan dan mengambil produk untuk menjaga kesihatan. Produk-produk yang diambil oleh mereka terdiri daripada suplemen vitamin, minyak ikan, produk berasaskan sarang burung dan spirulina berdasarkan nasihat yang diberikan oleh pegawai perubatan dan pegawai farmasi. 


“...dulu sebelum bersara tiada penyakit. Pergi hospital pun jarang-jarang. Sekarang selepas bersara, ada darah tinggi dan kencing manis sampai pernah ditahan di hospital lebih kurang seminggu. Selepas kena penyakit ini, kena banyak berpantang makan. Saya ke klinik kerajaan setiap dua bulan sekali. Saya tidak bergantung kepada ubat hospital dan ada mengambil spirulina untuk kesihatan. Saya peruntukan sebanyak RM 150.00 untuk beli spirulina ini”.



Dr Norman Norawi

Umum mengetahui bahawa tanggungjawab sebagai guru ini sangat memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Apatah lagi jika guru tersebut seorang wanita yang berkeluarga. Tanggungjawabnya yang pelbagai, tidak terhenti hanya di sekolah, malah tanggungjawab di rumah jua tidak pernah sudah.


Namun begitu, ianya bukan menjadi satu alasan untuk tidak menjaga kesihatan diri yang lebih baik.  Walaupun usia semakin meningkat, kita wajar memastikan tubuh kita, emosi kita TERUS AKTIF dan terpelihara dengan mengamalkan cara kehidupan dan pemakanan yang sihat. Biarlah ketika di usia yang semakin meningkat ini kita dapat menikmati usia emas yang benar-benar berharga.


Perkara ini pernah dinyatakan oleh Dr. Norman Norawi seorang pakar dalam bidang pengkhususan perubatan estetik dan anti-penuaan serta perubatan regeneratif di dalam artikel beliau yang terbaharu.


Beliau menggesa kepada semua yang menghampiri usia emas supaya TERUS AKTIF bagi mengelakkan keupayaan diri terus terbatas atau dalam kata lain mengalami masalah-masalah kesihatan yang biasa dialami oleh individu yang kurang aktif.


Bagi guru wanita yang semakin meningkat usia ataupun sudah bersara, TERUS AKTIF, dan jika anda baru sahaja bermula untuk aktif, kekalkan momentum TERUS AKTIF tersebut sebagai satu manfaat penting dalam kehidupan. Manfaatkan juga usia persaraan tersebut dengan dipenuhi dengan aktiviti kesihatan fizikal dan juga emosi.


Jangan lupa untuk membaca artikel terbaru Dr Norman supaya kita sentiasa berjaga-jaga dengan kesihatan di ketika usia yang semakin meningkat. Sayangi tubuh,  pelihara emosi, TERUS AKTIF, biar sedikit tetapi istiqamah.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon