Monday, 9 August 2021

PdPR dalam talian perlu ada unsur permainan elak murid bosan - Pensyarah

9 Ogos - Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad mengulas berita yang dipetik daripada kajian sebuah syarikat keselamatan siber, Kaspersky yang menyimpulkan bahawa kanak-kanak di Amerika Latin lebih cenderung memilih pembelajaran bersemuka iaitu 75 peratus, diikuti Afrika (73 peratus) dan Timur Tengah (58 peratus).


"Jika kita faham kajian ini, kita akan kata pelajar tak minat menggunakan komputer untuk belajar secara PdPR. Sebenarnya tidak. 


"Kalau kita boleh faham dengan lebih mendalam, bukan mereka tak minat belajar guna komputer tetapi kaedah konvensional yang digunakan dalam PdPR itu yang tidak diminati. 


"Anak-anak boleh berjam-jam berada di depan komputer untuk main games online. Mereka akan lakukan 'cuba jaya' walaupun susah nak menang," katanya.


Menurut beliau, anak-anak akan berfikir secara kreatif dan mencari jalan dan belajar strategi untuk menang. Mereka akan lebih fokus dan tidak bosan malah kekal di depan skrin berjam-jam lamanya dengan penuh perhatian.


"Mengapa? 


"Sebab itulah kaedah yang betul apabila melaksanakan pembelajaran menggunakan komputer. Mesti ada elemen 'gamification'," jelasnya lagi.


Beliau berkata, melaksanakan PdPR bukan sekadar mengajar menggunakan kaedah konvensional dalam bilik darjah. Pembelajaran dalam talian menurutnya adalah self-directed learning seperti bermain game.


"Cikgu tentulah tak mampu buat PdPR secara gamification. Kos adalah tinggi,


"Ini adalah tugas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk belanjakan duit, sediakan edutainment dan gamification pendidikan yang berkualiti tinggi," katanya.


Menurutnya lagi, sekarang telah banyak syarikat 'start up' di Malaysia yang ada kemahiran membangunkan gamification pendidikan yang berkualiti tinggi.


Beliau berkata, gamification adalah sebahagian pegadogi digital dan jika anak-anak masih diajar dengan cara lama seperti dalam bilik darjah semasa PdPR dalam talian, keadaan akan menjadi bosan.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon