Tuesday, 3 August 2021

8 langkah cadangan kurangkan stress ketika PdPR dalam talian

Imej hiasan via FB Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

3 Ogos - Mohd Shariman Che Idris, konsultan di Excite Learning Consultan berkongsi mengapa guru-guru perlu sentiasa bersangka baik dengan murid ketika berhadapan dengan situasi yang pelbagai kemungkinan ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


"Kita husnuzon (bersangka baik) betul? Dan bersedia dengan kemungkinan pelajar (murid) tidak masuk kelas online, murid tidak buka kamera, murid mengantuk, lambat respon dan tiada energi daripada murid," katanya.

Mohd Shariman Che Idris - Sumber Facebook

Beliau berkata, jika guru-guru sudah menjangka semua perkara tersebut, ini bermaksud guru telah mengetahui apa yang akan berlaku, dan beliau menasihatkan guru agar tidak berasa stres dengan faktor-faktor luar kawalan.


Beliau mencadangkan lapan perkara untuk guru-guru laksanakan ketika proses PdPR:

  1. Hargai pelajar yang datang, alu-alukan mereka dengan happy dan enjoy
  2. Ambil attendance, of course untuk pelaporan, just ask jika pelajar lain tahu kenapa Shariman, Haziq, Amir, Anwar, Fatin dan Kamal tidak datang 
  3. Rekod, done. Action susulan as loco of parent buat selepas kelas. 
  4. Mulakan kelas dengan cerita, analogi atau usik pelajar etc, start with fun learning experience 
  5. Mulakan modul 
  6. Break sekejap selepas 15 minit dengan kuiz atau cerita atau energizer
  7. Teruskan modul dan penutup. 
  8. Sentiasa dalam rumusan dan penutup, minta student recap balik content tadi, beri mereka pujian dan nyatakan harapan juga sebut jumpa lagi next sesi sebagai satu frame dalam pemikiran pelajar.


Beliau turut mencadangkan supaya guru menjadi yang terakhir untuk tutup sesi PdPR hari tersebut.


"Kita masih boleh usik dan tegur santai murid, biarkan mereka rasai yang hadirnya mereka dihargai.


"Dan kita beri ruang untuk murid bercerita dengan kita sementara murid lain tinggalkan sesi PdPR," jelasnya lagi.


Sentiasa berbaik sangka, dan kita akan dengan dan santai emosi.




We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon