PUTRAJAYA - Pengambilan guru baharu secara one-off oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah pun bermula pada hari ini.
Laman web SPP dilaporkan mengalami gangguan akibat menerima trafik yang luar biasa daripada pemohon-pemohon seluruh negara.
Beberapa dokumen panduan rasmi yang berjaya dimuat turun oleh pemohon-pemohon yang berjaya dikongsikan di pelbagai saluran media sosial.
Antara pertanyaan yang paling ditunggu-tunggu oleh pemohon adalah bagaimana kaedah pelaksanaan temu duga. Mengikut Soalan Lazim yang disediakan oleh SPP, temu duga yang akan dilakukan adalah secara sidang video (video conferencing).