![]() |
Imej hiasan via mStar |
Ketika penulisan tersebut dimuat naik ke laman Facebook, beliau amat tertarik dengan satu komen daripada seorang guru. Guru tersebut menulis:
"Bagi saya ada satu lagi faktor perubahan aktiviti murid.
Dulu petang main bola cepat letih tidur awal. Sekarang asyik terperap di rumah layan phone dan games terutamanya PUBG.
Ibu bapa dah kejut tapi tak blh bangun awal...pukul 2 dan 3 petang baru nak bangun bye...bye laaa kelas. Minda pulak set mcm mode cuti...nak kejutkan pun sampai stress mak bapak...kalau ikut tak sabar mau saja disimbah air panas baru bangun tidur agaknya"
Beliau berkata, ini adalah antara faktor luar kawalan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru atas rasa tanggungjawab dan kepunyaan hingga menjadi satu tekanan ke atas mereka.
![]() |
Mohd Shariman Che Idris - Sumber Facebook |
Katanya lagi, guru yang punya jiwa mengajar ini perlu bertenang serta perlu bijak menguruskan situasi tersebut supaya fokus terhadap murid lain tidak terganggu akibat daripada seorang murid lain yang bermasalah.
"Kita sayang semua, kita mahu sukses, betul?
"Ada lima kaedah yang boleh dibuat dalam keadaan murid kita sebegini," katanya
Beliau mencadangkan lima langkah seperti berikut:
- Mulakan 5 minit pertama kelas dengan sembang santai. Puji dan hargai pelajar yang hadir
- Mulakan modul untuk tempoh 15 minit dan pause (break state)
- Rehat 5 minit ni dengan masukkan elemen cerita / analogi / tanya pandangan (kita wujudkan suasana ceria ketika break state)
- Teruskan modul
- Penutup. Hargai pelajar terutama menyebut nama mereka yang jarang-jarang muncul dan galakkan semua untuk hadir dalam kelas seterusnya sambil tersenyum.
"Jadikan kelas kita seronok macam mereka enjoy main game. Saya percaya kita sudah mengamalkannya kaedeh deep learning ini namun masih ada murid yang bersekiap demikian," katanya lagi.
Beliau sekali menasihati guru agak tidak tertekan dan buat laporan yang sepatutnya kepada pegawai atasan yang sepatutnya. Faktor luar kawalan adalah perkara yang tidak mungkin mampu dikawal oleh guru dan ianya berlaku di rumah.
"Tidak perlu kita stress ya, nanti rosak emosi kita, anak-anak dan keluarga sendiri pun nak kena ja, betul?"katanya.