Pada 7 Julai 2021 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan membuat pengambilan guru baharu seramai 18,702 orang dari seluruh negara bagi mengisi kekosongan di sekolah rendah dan menengah.
Kepada calon-calon yang telah mendaftar dengan MySPP, mereka boleh membuat permohonan setelah iklan tersebut dibuka. Dan jika mereka berjaya dan terpilih, mereka melalui satu lagi proses iaitu temuduga.
Apa yang menarik kali ini adalah, temuduga tersebut akan dibuat secara rakaman video. Jadi, apakah keperluan yang perlu calon-calon masukkan di dalam video rakaman temuduga mereka?
Di sini kami kongsikan beberapa perkara asas yang menjadi keperluan calon untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh SPP.
Bagi melaksanakan urusan temu duga secara rakaman video, calon perlu mematuhi syarat yang telah diberikan oleh SPP iaitu ARAHAN, PANDUAN TUGASAN VIDEO, SENARAI SEMAK dan PANDUAN MUAT NAIK.
ARAHAN TEMUDUGA SPP
PANDUAN TUGASAN VIDEO OLEH SPP
Calon perlu menyediakan satu rakaman video yang mempersembahkan Curriculum Vitae (CV) dan keterampilan diri yang menunjukkan bahawa calon layak untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.
Video yang dihasilan juga tidak boleh melebihi durasi 5 minit yang merangkumi tiga komponen iaitu:
Komponen 2 pula adalah kemahiran mengajar. Pada bahagian ini, calon perlu memilih sekurang-kurangnya dua kemahiran mengajar. Sebagai contoh, calon boleh memilih dua komponen iaitu set induksi dan juga penutup. Untuk tips, pilihlah kemahiran yang anda betul-betul mahir supaya dapat melakukannya dengan cara yang terbaik.
Calon juga bebas mempamerkan kreativiti penggambaran video serta bilangan shot video. Namun untuk suntingan video, suntingan hanya dibenarkan di antara komponen sahaja. Ini bermaksud, hanya transition antara komponen sahaja dibenarkan. Suntingan di dalam komponen seperti memasukkan sarikata, imej dan tajuk tidak dibenarkan oleh SPP. Video perlu dimuatnaik dalam saiz 720P berformat MP4.
PANDUAN MUAT NAIK VIDEO RAKAMAN
Selepas calon menyelesaikan ke semua dokumen dan juga rakaman video berdurasi 5 minit itu, langkah yang terakhir adalah memuat naik video rakaman ke GOOGLE DRIVE.
Calon perlu memastikan folder di dalam google drive telah ditukar tetapannya kepada umum (public) sebelum dihantar kepada pihak SPP. Kebiasaannya pihak SPP dah sediakan pautan email.
Apabila selesai semua itu, calon hanya perlu menunggu keputusan sama ada temu duga kita berjaya ataupun tidak.
Disunting daripada blog Cikgu Aiman
CONTOH VIDEO RAKAMAN TEMUDUGA SPP 01
CONTOH VIDEO RAKAMAN TEMUDUGA SPP 02
CONTOH VIDEO RAKAMAN TEMUDUGA SPP 03
Mohon bertanya, dari mana info mengatakan graduan perlu menghasilkan video? di dalam SPP hanya mengatakan bahawa temuduga akan diadakan secara virtual. Mohon kepastian. Terima kasih
ReplyDeleteSy nak tanya, sekiranya saya layak untuk memohon opsyen mengajar lebih daripada satu, bolehkah saya menghantar email ke opsyen-opsyen tersebut atau hanya hantar kepada satu opsyen pilihan sahaja? Mohon pencerahan. Terima kasih.
ReplyDelete