Anda berminat untuk memohon sebagai guru? Tertarik dengan iklan 18702 kekosongan yang bakal ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 7 Julai ini? Daftar akaun anda di mySPP terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.
Di sini kami kongsikan langkah-langkah mendaftar akaun baharu.
Cara Daftar MySPP
Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja.
Anda boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan di laman utama mySPP melalui langkah berikut:
- Pergi ke laman web
- https://myspp.spp.gov.my.
- Skrin Daftar Akaun Baharu akan dipaparkan.
- Pastikan semua medan bertanda * diisi.
- Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
- Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan e-mel (mestilah sama dengan alamat e-mel semasa pendaftaran di JobsMalaysia, hanya pemohon yang telah berdaftar di JobsMalaysia).
- Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.
- Selepas semua medan diisi, klik butang Daftar.
- Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang Semula.
Maklumat yang perlu sentiasa dikemaskini merangkumi:
- Maklumat Akademik
- PT3/PMR/SRP/LCE
- SPM/MCE/SPM(V)
- Peperiksaan Tambahan
- STPM/STP/HSC
- Pengajian Tinggi
- Profesional
- Sukan dan Persatuan
- Rekacipta / Pencapaian
- Bakat/Kebolehan Bahasa
- Penerima Bantuan/Kurang Upaya (jika berkenaan)
Lupa Kata Laluan MySPP
- Jika anda telah berdaftar tetapi lupa kata laluan, anda boleh reset kata laluan dengan cara berikut:
- Klik pada pautan di laman di laman utama mySPP melalui alamat URL https://myspp.spp.gov.my.
- Skrin Lupa Kata Laluan akan dipaparkan.
- Anda boleh memilih untuk reset kata laluan menggunakan pilihan berikut:
- Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran); atau
- Secara automatik pilihan (a) akan dipilih.
- Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
- Selepas semua medan diisi, klik butang Hantar.
- Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang Semula.
- Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya. 2.8. Sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk reset kata laluan, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA- SPP.
Cara Permohonan Jawatan mySPP Online
Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Di sini disertakan langkah-langkah untuk memohon jawatan di dalam portal mySPP:
- Login ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
- Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’, dan klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’
- Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’
- Jika pemohon ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ dan tekan butang ‘<<.’
- Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga / Ujian Khas daripada senarai yang diberikan.
- Kemudian tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
- Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ dan pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
- Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
- Kemudian, klik butang ‘Hantar.’
- Pemohon dibenarkan memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan.
- Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat dengan jawatan yang dipilih
*Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.
Untuk info penuh, sila rujuk Panduan Pengguna mySPP di SINI.
Semakan Status
- Login ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
- Klik pada bahagian ‘Semakan Permohonan.’
- Status senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan akan dipaparkan.
- Sekiranya paparan ‘Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan,’ ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
- Jika paparan yang dipaparkan “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian.
Maklumat Lanjut
Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
Talian Hotline mySPP :
- Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
- Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
- Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : pro@spp.gov.my