Bekas Guru Besar termuda, Cikgu Firdaus Abdullah, berkongsi mengenai apa yang perlu ada di dalam diri seorang guru itu ketika menyampaikan ilmu kepada muridnya. Jom baca ikuti penulisannya.
Hari tu aku ada mendengar sesi perkongsian oleh Dr. Tyrone C. Howard. Oleh kerana aku ni sejenis pendengar yang baik, telinga aku terus menangkap sesuatu yang cukup menarik. "These are the license to kill... in teaching"
Fuh! Sentap aku mendengarnya, dan teruslah aku berpaling kepada video syarahan beliau. Apa bendalah yang dimaksudkannya tu? Apa benda yang sampai boleh 'membunuh' ni?
Maksud beliau begini, kita sebagai pendidik sangat-sangat diminta untuk menjadi seorang yang punya EMPATI tetapi bukan SIMPATI.
Wah? kenapa macam tu pula?
Simpati guru
Begini, Seorang guru yang hanya BERSIMPATI akan hanya melakukan perkara yang akan 'membunuh' potensi anak-anak murid. Bukan membantu mereka secara jangka masa panjang. Sebaliknya nampak elok pada masa itu, tapi mudaratnya berpanjangan.
1. Terlalu kesiankan murid membuta tuli, tanpa selidik dahulu.
2. Terlalu merendahkan jangkaan dari seseorang murid itu, walhal murid itu berpontensi untuk pergi lebih jauh.
3. Tidak memberi cabaran kepada murid mereka, selalu beranggapan murid-murid mereka terlalu 'lemah' dan 'belum bersedia', sampai bila?
4. Menyalahkan ibu bapa tanpa usul periksa, pernah kah kita memanggil mereka dan berbincang? Atau sekadar serkap jarang?
5. Tidak memberi lebih cabaran ketika memberi arahan untuk menyelesaikan sesuatu, sebab tak percaya bahawa murid-murid boleh melakukan lebih dari jangkaan.
"Matiin, ambil air di dapur", kan boleh diberi sedikit cabaran untuk buat mereka berfikir? "Matiin, abah haus. Boleh tolong abah?"
6. Senang-senang membuat andaian kepada sekumpulan atau sesorang murid.
"Comot je si Amna ni, mesti mak ayah orang susah ni. Tak pandai sangatlah budaknya ni" 7.
Jangan anggap kegagalan itu "perkara biasa"
Menganggap bahawa kegagalan itu satu 'perkara biasa', aduh! Parah tau bab ni.
Dah kita mengajar, sudah tentu proses refleksi kendiri itu perlu, kalau perlu 'peer teaching', lakukanlah agar kita dapat perbaiki diri dan bukan syok sendiri.
Empati guru
Sekarang, kita lihat pula seorang guru yang BERIMPATI bagaimana mereka melakukanya dan berjaya membawa perubahan kepada anak-anak murid ini.
1. Datanglah anak-anak ini dari latar penuh cabaran sekalipun, mereka pasti boleh belajar jika diberi peluang.
2. Jangan rasa tercabar ego jika perlu mendengar dan belajar dari murid. Kita ni manusia, takdenya kita mati kerana belajar dari orang lain.
3. Kenal pasti ketahanan anak-anak murid kita, percayalah bahawa mereka mempunyai kelebihan yang kadang tidak dijangka dek akal kita. Mulut manis, pandai ambil hati, bijak mendengar, tahu berkawan dan macam-macam lagilah. Kau pasti pernah jumpa murid sebegini kan?
4. Percaya! Percaya! dan bagi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab kepada apa yang sahaja tugasan yang kita berikan. Tak kisahlah ia mungkin sedikit kompleks juga perlukan mereka berfikir panjang.
5. Akhir sekali, korang didiklah mereka seolah-olah nyawa mereka bergantung kepada ilmu yang korang nak sampaikan tu!
Walaupun korang mengajar subjek elektif, percayalah.. ilmu membancuh warna premier itu sangat-sangatlah diperlukan bila korang dah besar nanti. Takdelah terkial-kial bila anak bertanya merah campur biru jadi warna apa nanti kan?
Kesimpulannya, sayangi anak-anak murid kita macam anak sendiri. Sikit pun kau tak rugi, walaupun mungkin tidak terbalas dek mereka didunia ini, Tuhan pasti lebih mengetahuinya bila masanya kau akan dihargai.