Sunday, 11 July 2021

Elaun penjawat awam mula dipotong bermula bulan ini

Jika anda melihat kepada slip gaji bulan Julai, elaun anda masih kelihatan sama pada lajur Pendapatan. 


Jika elaun keraian anda RM400, ia masih kekal dengan angka tersebut.


Jumlah potongan mengikut peratus yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali tersebut anda boleh dilihat pada lajur potongan di bawah label Sumb Akaun Amanah Bencana. 

Angkanya mengikut peratusan yang telah ditetapkan di dalam kenyataan media KSN pada 1 Jun yang lalu berdasarkan gred perkhidmatan iaitu 50 peratus bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas, JUSA B sebanyak 20 peratus, JUSA C sebanyak 10 peratus, Gred 44 hingga 56 sebanyak lima peratus melibatkan ITK, manakala RM10 daripada ITKA bagi Gred 29 hingga 41.  
Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, hasil sumbangan tetap selama tiga bulan dianggar berjumlah lebih RM30 juta itu akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana. 

Menurutnya, sumbangan itu sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mengukuhkan sistem kesihatan negara, menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon