23 Julai - Twinkl, laman web yang menyediakan ratusan ribu bahan pembelajaran kepada guru, ibu bapa dan juga pendidik pelbagai peringkat seluruh dunia telah menjalinkan kerjasama pemasaran bersama Cikgu Share, sebuah portal yang menyajikan informasi pendidikan kepada pengunjungnya.
"Jalinan ini memberi peluang kepada semua yang memerlukan bahan pembelajaran yang berkualiti tinggi, mengikut peringkat pembelajaran murid mengakses dan mengenali Twinkl dengan lebih lagi lanjut lagi.
![]() |
Laman web Twinkl.com |
"Twinkl mempunyai lebih daripada 700 ribu bahan PdP yang dibuat oleh guru-guru di seluruh dunia, dan 40 ribu daripadanya ialah bahan percuma.
"Kami ada semua jenis bahan PdP seperti kertas kerja, slaid PowerPoint, kad imbasan, e-buku, permainan interaktif, pelbagai aktiviti untuk pelajar, lembaran mewarna, teka-teki, bahan perancangan dan penilaian, dan banyak lagi.
"Penambahan bahan-bahan secara percuma dibuat dari masa ke semasa, begitu juga dengan subjek-subjek terpilih di Malaysia," kata pengurus cawangan Twinkl Malaysia.
![]() |
Bahan Bahasa Melayu di Twinkl.com |
![]() |
Bahan Sains dan STEM di Twinkl.com |
Pengendali portal Cikgu Share berkata, kerjasama ini juga memberi ruang kepada pihaknya untuk menyajikan lebih informasi serta bahan pembelajaran yang kepada pengunjung-pengunjungnya.
Hingga setakat ini, portal Cikgu Share terdiri daripada Laman Facebook (Cikgu Share, Cikgu Share Collection, Cikgu Share Press), Instagram, Telegram, Twitter dan Tik Tok.
"Kita akan gunakan pelbagai saluran ini bagi tujuan promosi semua produk dan promosi Twinkl Malaysia untuk menjayakan kerjasama ini," katanya lagi.
Sebagai permulaan, Twinkl menyediakan pakej bulanan percuma melalui akaun Cikgu Share menerusi pautan ini
https://www.twinkl.com/l/wfqcd.
Hanya klik link ini untuk mendaftar akaun secara percuma dan nikmati sebulan percuma akses ke ratusan ribu bahan pembelajaran di Twinkl.com
Kunjungi media sosial Twinkl di Facebook, Instagram dan Twitter.
Lepas sebulan auto charge atau kena blok daripada akses percuma?
ReplyDeleteBoleh log in, tapi hanya dapat akses ke produk percuma sahaja, premium kena subscribe
Delete