Ramai yang masih berdebat soal keperluan memohon moratorium yang ditawarkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Menurut bekas banker dan kini penasihat kewangan, Dr Mohd Shukur, moratorium yang ditawarkan institusi kewangan kini berbaloi untuk diambil memandangkan ia tidak termasuk ke dalam Rescheduled & Restructure ( R&R ) dalam CCRIS.
Malah jelasnya, walaupun seseorang punya kemampuan kewangan yang kukuh pada musim pandemik ini, namun tidak menjadi kesalahan untuk mengambil moratorium memandangkan ia boleh menjadi wang simpanan di masa kecemasan.
Terdahulu Bank Negara (BNM) mengingatkan semua peminjam individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memahami bahawa moratorium akan meningkatkan kos pinjaman secara keseluruhan.
Walau bagaimanapun jurucakap BNM menjelaskan, faedah keuntungan bagaimanapun hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.
Ikuti perkongsian Dr Mohd Shukur.
“NASIHAT SAYA TENTANG MORATORIUM.
Alhamdulillah, saya berjaya menahan diri dari memberi pandangan tentang Moratorium sehingga 7 Julai, iaitu tarikh mula mohon dan sekarang boleh lihat syarat-syarat yang digunapakai oleh bank.
1) Ada banyak juga kebaikan moratorium ini ( selepas ini diringkaskan..sebut mora) dan ternyata ianya tidaklah dimasukkan dalam Rescheduled & Restructure ( R&R ) dalam CCRIS.
2) Siapakah yang seeloknya kena ambik mora ni ? Jika cash flow kau tak bagus, elok ambik.
3) Jika cash flow OK dan kau handal “money make money” pun bagus ambik. Apa sangatlah interest terakru tu bagi orang yang boleh gandakan extra cashflow 6 bulan ni.
4) Jika kau ragu-ragu… nak ambik ke tak mora ni. Eloklah ambik. Orang kaya tak ragu-ragu, mereka sangat jelas tentang kedudukan kewangan mereka.
5) Jika kau beli kereta mewah disebabkan kena jolok kat kawan2 dan sekarang terasa komitmen berat, elok ambik sebelum makin berat dan tumbang. Kalau sebulan 2K, so 6 bulan kau ada 12K untuk Cash Reserve kau.
6) Jika kau baru pindah rumah, siap renovate bagai penuh stylo dan kau beli peti ais baru, dapur baru dan pelbagai kelengkapan rumah guna credit card sampai maksimum dan kau pening bayar minimum sahaja, elok kau ambik mora ni. Interest Credit Card tu 18% lagi teruk kena…guna mora utk bayar baki credit card.
7) Jika kau terfikir nak ambik Mora ni sebab saving kau takde langsung, Yes…kau sesuai ambik….so mora ni macam ‘cuti bayar loan kereta & rumah’ selama 6 bulan untuk buat saving. Matlamat ialah peace of mind yang kau ada savings @ emergency fund. Kalau tak, kau dalam bahaya sebab saving yilek.
Moratorium ni pun Bank tak happy, sama macam orang pinjam duit kau dah janji bayar ansur-ansur setiap bulan tapi kau terpaksa bagi 6 bulan dia tangguh bayar. Jangan kau anggap Bank nak untung jer, kau pun untung. Mengambil Mora ini tidak bermakna kau tak bagus atau teruk.
Tetapi cara kau gunakan duit mora ni yang tentukan samada kau bagus atau tidak.
9) Jika kau tengah sakit cash flow, dan jika tak yah bayar ansuran kereta dan rumah selama 6 bulan ni akan Okay sket, YES kau lah golongan sasaran dan mora ni penyelesaian masalah kau.
10) Ada yang kata jangan ambik mora untuk loan kereta, begini….jika cash flow kat cantik, betullah dia kata. Tapi jika cash flow tak cantik, elok ambik. Nanti kau stress, pening, dapat darah tinggi.
Bila darah tinggi, kau tak boleh hadapi tekanan. So kau tak boleh berjaya dalam karier / bisnes, ada problem sket kau akan melenting marah. Nak berjaya ni kau mesti hadapi tekanan.
Dah kau tak nak pakai MyVi second….. nak pakai H atau Merc, so begitulah.
11) Siapakah orang yang tak perlu ambik Mora ?
Dia tak terjejas sikit pun. Cash flow cun giler. Savings banyak.
Rumah pun ada 3 bijik cash. Kereta ada 5 buah cash. Benda2 branded pun dia tak minat nak beli sebab orang tau dia terlebih dari mampu.
Orang camni tak perlu ambik Mora. Buat semak. Amboiii.
12) Ada orang kata, moratorium ni akan lanjutkan lagi tempoh pembayaran hutang, macamana kalau meninggal dunia, kesian anak bini tanggung hutang.
Ini senang sahaja. Katakanlah mora kau sebulan RM5000 so 6 bulan ialah RM30,000.
Kau hanya perlu ambik takaful atau jika dah ambik, hanya tambahkan lagi Sum Covered 30,000 ribu sahaja.
Alang-alang 30,000 baik kau genapkan 50,000 Perlindungan Takaful kau untuk keluarga tersayang.
50,000 tu kalau lelaki umur 30 tahun baru RM59 sebulan jer.
Boleh pm Pakar Hibah Takaful, Asyraaf Bohari atau tekan link https://bit.ly/2TJcem8
13) Mora ini tidak ada caj ‘interest atas interest’, tidak ada penalti, tidak ada R&R dalam CCRIS tetapi ianya ada interest terakru ( accrued interest ).
Oleh itu ianya sudah tentu ada peningkatan kos, kau mestilah bekerja lebih sedikit dan duit penjimatan mora mestilah digunakan dengan baik bukan untuk dibazirkan seperti membeli barangan bukan keperluan …contoh tukar handphone, tukar sofa dll.
Gunakan untuk survival keperluan kepada yang terjejas.
Untuk yang tidak terjejas boleh simpan ditempat yang menghasilkan pulangan / dividen bertujuan sebagai emergency fund.
Ini pilihan terbaik sekarang untuk mereka yang terjejas.
Juga siapa yang takde saving, sebab bahaya sekarang kalau apa-apa berlaku nanti seperti dibuang kerja dan lain-lain.
Orang kaya dan yang tak terjejas apa pun, kau tak ambik pun takpe.
14) Apa pun keputusan kau buat, hanya kau yang tahu kedudukan sebenar kewangan kau. Bukan orang lain yang akan bayarkan bulan-bulan kereta dan rumah kau.
Jangan terkejut, jika dari 10 orang yang mengkritik Moratorium tu, 8 akan ambik mora kecuali dia ialah yang No. 11 di atas.
15) Mesej saya jika dipermudahkan kepada sebaris ayat sempoi ialah 👇
TAKDE DUIT KAU PENING KEPALA,
ADA DUIT KAU HILANG PENING KEPALA.
Beringatlah semua.
Link mora ada di SINI dan boleh baca lagi sharing di ruang comment.
Ex-Banker
30 years in Takaful/Insurance/Finance
Shah Alam
07/07/2021.”
Sumber : Mohd Shukur