Monday, 5 July 2021

10 Tips Lulus Temuduga SPP Calon Guru DG41

Menjelang pengambilan secara one-ff guru DG41 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelbagai tips dikongsikan oleh mereka-mereka yang berpengalaman.


Kami juga sebelum ini telah berkongsikan tips untuk merakam video temuduga bagi tujuan yang sama. Anda boleh aksesnya di SINI.


Di sini kami kongsikan juga tips sebagai persediaan untuk lulus temuduga MySPP oleh Cigu Farah Nabila


10 Persediaan Lulus Temuduga SPP Jika Berminat Menjadi Guru


1. Pertama sekali mestilah pakai pakaian kemas dan formal. Wajib ada tag nama, rambut pendek bagi lelaki, dan baju kurung bagi wanita islam. Wanita bukan islam, pakai pakaian sopan. 

2. Zaman teknologi sekarang mesti tahu asas dan serba sedikit mengenai Google Meet, Zoom, Telegram, Youtube dan lain-lain. Sebab kita tak tahu bila sekolah akan dibuka semula dan PDPR akan tamat. 

3. Kenali kaedah PDPR yang ada online, offline, offsite. Gabungan kaedah. Baca dan fahami betul-betul. Semuanya ada di laman web dan FB KPM. 

4. Cuba tambah ilmu tentang apps terkini yang ramai cikgu guna pada masa sekarang ini seperti Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet, Educandy dan banyak lagi. Praktis dari sekarang. 

5. Memandangkan kes Covid19 belum turun dan kita masih dalam PKP, kemungkinan temuduga diadakan secara online sangat tinggi. Sila sediakan tempat sesuai untuk ditemuduga. Lighting, microphone dan background antara yang penting. 

6. Praktis cara mengajar. Pilih satu subjek, atau topik menarik. Cuba ajar depan cermin atau rakam diri sendiri mengajar. Ubah bagi nampak menarik dan berkeyakinan. 

7. Paling penting, wajib setuju jika ditempatkan di mana-manapun. Jangan pilih-pilih tempat. 4 negeri iaitu Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak itu sudah pasti. Sediakan mental dan fizikal. 

8.Jika dipanggil temuduga bersemuka pula, praktis gaya bercakap, mesti yakin, cakna isu semasa, jangan pula antivaksin yer. Pastikan badan sihat. 

9. Jawab soalan dengan suara yang lantang, jelas dan jangan guna bahasa pasar. Mesti guna bahasa formal dan baku. Paling penting, masa nak kenalkan diri mesti guna kata sendi yang betul. Saya berasal 'dari' Kedah. Bukannya Saya berasal 'daripada' Kedah ya. Kang kena setepek awal-awal temuduga. Huhu 

10. Boleh kongsikan pengalaman mengajar jika pernah mengajar, BBM yang pernah buat, masalah di sekolah dan cara mengatasi. 

Bonus, boleh juga nak tumpukan perhatian pada sistem pendidikan Malaysia sekarang, semak balik Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ketahui fungsi SPP dan JPA.


JANGAN LUPA UNTUK MENDAFTAR MySPP. Klik SINI!


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon