PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin, menjelaskan bahawa sesi persekolahan dijangka dapat dibuka seawal September sekiranya keadaan pulih.
Ia juga berdasarkan pelbagai faktor dan kebenaran dari pihak Majlis Keselamatan Negara dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Boleh ikuti siaran buletin utama dibawah.
Walau bagaimanapun di bawah pelan pemulihan negara, beliau berharap anak-anak kelas peperiksaan didahulukan pemberiann vaksin bagi membenarkan mereka dapat kembali ke sekolah lebih awal.
Kerana jika diikutkan sektor pendidikan boleh dibuka di fasa ke 3, namun jika keadaan dapat dipulihkan beliau berharap ia dapat dibuka di fasa ke 2, secara berperingkat.