Sunday, 20 June 2021

Pengambilan guru secara one-off tumpu mata pelajaran kritikal


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal membuat pengambilan khas secara one-off melibatkan sejumlah 18,702 guru bagi gred DG41 yang turut dibuka kepada graduan bukan bidang pendidikan bagi mengatasi isu kekurangan guru di negara ini. 


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, berkata, langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mencapai perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara. 


Beliau berkata, pengambilan tersebut akan memberi tumpuan menampung kekurangan guru di Sarawak, Sabah, Selangor dan Johor bagi memenuhi keperluan untuk mengajar mata pelajaran tertentu.


Perkara tersebut dimaklumkan melalui satu sidang media khas yang diadakan pada hari ini.


Pengambilan tersebut akan memberi tumpuan kepada mata pelajaran yang kritikal tanpa guru opsyen di sekolah.


Antara mata pelajaran tersebut termasuklah, Bahasa Inggeris, Sejarah dan beberapa subjek teras yang lain termasuklah Bahasa Melayu di sekolah menengah.

“Iklan tawaran ini akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021 dan penempatan akan dibuat pada Oktober 2021,” katanya.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon