Kepada calon-calon yang berminat untuk jadi guru, mohon hadamkan dahulu nasihat daripada seorang guru berpengalaman ini ya.
Kalau ada yang berhasrat nak jadi cikgu, mohon telitikan apa yang aku kongsikan ini supaya kalian memahami, pekerjaan ini tak menjanjikan keindahan bulan dan bintang.
1. Kalian perlu ada personaliti yang fleksibel. Maksudnya, kalian perlu bersedia fizikal dan mental tatkala dihantar bertugas ke mana sahaja dalam negara kita ini. Kita kena tabah, cekal dan kuat menghadapi cabaran.
2. Sekolah di negara kita ini, letaknya merata. Ada di sebelah One Utama, ada juga nun jauh dalam belantara. Jadi perlu fahami, tak semua cikgu itu merasa pakai cantik kemas kerana adakalanya terpaksa pakai apa ada sebelum sampai ke sekolah.
3. Cikgu di pulau. Maksudnya, bertugas di pulau. Perlu bangun seawal subuh, siapkan diri menanti di jeti. Bergerak dalam kumpulan untuk sampai ke sekolah. Berdepan dengan bahaya laut bergelora atau sungai yang deras.
4. Andai terpilih, dan lulus ujian lalu dipostingkan, jangan cepat menangis. Pergi dulu ke sekolah ditempatkan kerana aku dah ingatkan awal tadi, mental kena kuat. Jangan lembik dan jangan mengada-ngada.
5. Tak payah sangat nak guna kabel politik atau TNB bila bab posting, nak ikut tekak sendiri. Kadang, mak ayah punca masalah. Sibuk nak anaknya mengajar depan rumah. Baik suruh mereka bina sekolah sendiri.
6. Bila masuk ke sekolah, hormati senior. Cepat belajar suasana persekitaran. Jangan buat kepala sendiri, jangan jadi kaki bodek, jangan tak bercampur dengan masyarakat. Cikgu, kena jadi macam-macam. Dialah penghulu, dialah tukang kebun.
7. Fahami politik sekolah, belajar ragam anak murid. Anak orang asli, lain cara pujuknya kalau nak mereka datang sekolah. Anak bangsawan, didik mereka hormati orang lain. Jangan takut dengan ugutan. Kitakan cikgu.
8. Wujudkan suasana mesra dengan ibu bapa murid. Mudah untuk berinteraksi dan membantu antara satu sama lain. Jangan sombong dan angkuh kononnya cikgu, semuanya kita pandai. Jangan.
9. Gunakan kemahiran individu yang ada dalam memastikan kemenjadian murid. Kalau kau pandai main hoki ( macam aku ), ajar budak main hoki, latih, tubuhkan team sekolah, hantar bertanding. Jangan dengar umpatan orang kecuali boss kata tak payah. Malang dapat boss yang sebegitu.
10. Selamat menempuh alam persekolahan. Tak ada siapa paksa kau mohon jadi cikgu. Kau sendiri yang mohon. Jadi, bersedia sahaja dengan apa juga rintangan yang tiba.
Nak jadi cikgu ni, hati kena kental.
Gaji permulaan campur elaun, lebih 3k oooi.
#NfI
Mohon sharekan supaya individu seramai 18.702 orang yang bakal terpilih nanti adalah individu yang tepat mengikut kriteria yang telah aku kongsikan di atas ini. Selamat bertugas.
Sumber: Cikgu Pe Chey
Utamakan graduan pendidikan yg dah bertahun menganggur.bidang perguruan memerlukan graduan pendidikan yg sudah mempelajari asas pendidikan dgn syarat yg telah di tetapkan.mana mungkin lulusan jurutera di ambil jadi doktor.
ReplyDelete