Friday, 25 June 2021

Koordinasi KPM dengan Universiti Awam, IPG perlu diwujudkan - NUTP

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa mewujudkan koordinasi dengan universiti awam (UA) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi penyelarasan khususnya, bilangan guru dan program ditawarkan mengikut keperluan semasa.


Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, menyifatkan langkah itu sebagai penyelesaian terbaik menangani kemelut kekurangan guru dan ketidaksepadanan opsyen mata pelajaran.


"NUTP harap kaedah unjuran digunakan diperbaiki. Misalnya untuk 2025, KPM sudah ada data lengkap jumlah guru bakal bersara, berapa sekolah baharu akan dibuka dan sebagainya. Saya percaya mereka (KPM) tahu perkara ini, tetapi tidak tahu di mana silapnya.


"Ini penting untuk kita rangka berapa ramai (bakal guru) perlu dilatih dalam tempoh tertentu contohnya untuk beberapa tahun akan datang," katanya kepada akhbar Berita Harian.


Isnin lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, mengumumkan serama 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 akan dilantik melalui pengambilan khas guru secara 'one-off' susulan KPM berdepan cabatran kekurangan calon daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) selain ketidaksepadanan opsyen mata pelajaran.


Mengulas lanjut, Aminuddin berkara, perkara itu perlu diperhalusi kerana setakat ini, cuma IPG mengikut unjuran yang disediakan KPM.


"Difahamkan, pengambilan pelajar IPG bagi tahun ini bertambah, namun perlu diingat, institusi itu hanya melahirkan produk guru bagi peringkat sekolah rendah.


"Jadi, perlu ada koordinasi dengan UA keran mereka tidak terikant kepada unjuran KPM, dan mempunyai autonomi tersendiri untuk tawarkan kursus apa dan bilangan siswazah yang ini diambil," katanya.


Tambahnya, koordinasi diperlukan bagi memastikan UA melahirkan graduan sepadan dengan keperluan KPM.


Mengulas isu rama guru memilih opsyen bersara awal, Aminuddin mengakui majoriti pendidikan menamatkan perkhidmatan sebelum mencapai usia 60 tahun.


"Kami tahu rama guru termasuk dalam kalangan ahli NUTP memilih bersara awal, cuma tidak ada data lengkap mengenai bilangan mereka. Secara kasar, ramai bersama pada sekitar usia 56 tahun, sama ada bersara awal atau wajib," katanya.


Beliau berkata, pelbagai faktor menyumbang persaraan itu, antaranya ada guru tidak mampu mengikuti tuntutan dan pembaharuan dalam sistem pendidikan semasa.


"Mereka ini dalma kalangan guru lama, ada yang sudah bekerja lebih 30 tahun. Jadi ada yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan teknologi semasa menyebabkan setiap kerja akan menjadi bebanan.


"Ini tidak bermaksud mereka tidak memberikan komitmen, tetapu ada yang berdepan kekangan termasuk capaian dan gangguan internet, sedangkan guru diminta untuk memasukkan data dan sebagainya," katanya.


Katanya, pertambahan guru yagn bersara awal ini sekiranya tidak diganti segera akan membebankan rakan-rakan pendidik yang lain.


"Bayangkan, satu sekolah yang kecil dengan jumlah keseluruhan guru cuma 30 orang, jika ada dua guru bersara dan seorang lagi bertukar ke tempat lain, tentunya situasi ini membebankan.


"Maknanya, 27 guru yang ada perlu mengambil bebas tugas itu. Masalah menjadi lebih besar jika guru bersara itu mengajar subjek yang berdepan kekangan (kekurangan guru) seperti Bahasa Inggeri," katanya.


Sumber: Berita Harian




We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon