Tuesday, 18 May 2021

Sejarah lagu keramat 'Kami Guru Malaysia'

Setiap kali tiba Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, lagu keramat 'Kami Guru Malaysia' pasti akan berkemundang. Pelbagai variasi nyanyian dan lantunan diberikan. Lagu ini benar-benar memberi roh keguruan kepada setiap insan yang bergelar guru.


Namun begitu, tahukan anda siapa pencipta lagu ini?

Sumber: FB Azlinda Hashim


Senikata lagu ini telah dicipta oleh Encik Hashim bin Ahmad di dalam satu pertandingan Mencipta Lagu dan Senikata sempena sambutan Hari Guru pada tahun 1974.


Tahukan anda, pencipta lagu ini juga merupakan seorang guru?


Ya, Encik Hashim merupakan seorang guru muzik dan juga seorang pelukis yang berbakat. 

Sumber: FB Azlinda Hashim

Perkara ini dedahkan sendiri oleh anak perempuan beliau di dalam satu hantaran melalui laman kumpulan Facebook Malaysiaku Dulu Dulu Official.


"Arwah adalah anugerah daripada Allah yang paling berharga buat kami sekeluarga, arwah adalah pencipta dan penulis lirik 'Kami Guru Malaysia'.


"Beliau bukan sahaja seorang ahli muzik, tetapi arwah juga seorang guru dan seorang pelukis," jelasnya.

Sumber: FB Azlinda Hashim

Anaknya juga berkata, ayahnya sering merendah diri dan sangat seronok apabila mendengar lagu tersebut berkumandang setiap tahun ketika sambutan Hari Guru di pelbagai peringkat.


"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri lewat untuk mengetahui siapa sebenarnya pencipta lagu berkenaan, dan penghargaan yang diterima setelah arwah meninggal dunia.


"Tetapi, itu adalah pendirian arwah untuk tidak memaklumkan kepada sesiapa, dan kami sebagai anak untuk menghormatinya," jelas beliau lagi.

Sumber: FB IPG Kampus Ilmu Khas


Beliau turut memberitahu, setelah beberapa tahun arwah meninggal dunia, beliau tergerak hati untuk menghantar email kepada Pengarah Pendidikan pada ketika itu untuk memaklumkan perkara sebenar, bukan untuk penghargaan, tetapi sekadar untuk minta dibacakan Al Fatihah untuk arwah ketika Hari Guru pada tahun itu.


Sumber: FB IPG Kampus Ilmu Khas

"Setelah itu, barulah KPM sendiri maklum bahawa pencipta lagu tersebut adalah seorang guru, dan saya telah dipanggil ke Putrajaya untuk bertemu dengan Pengarah Pendidikan bagi menerima penghargaan," katanya lagi.


Azlinda Hashim, anak kepada pencipta lagu keramat Hari Guru tersebut turut berkongsi sedikit latar belakang perkhidmatan bapanya dahulu melalui hantaran tersebut. Arwah pernah bertugas di beberapa buah sekolah hinggalah tamat perkhidmatannya sebagai seorang Guru Besar di SK St. Theresa Sungai Petani Kedah.


Berikut adalah lirik lagu Kami Guru Malaysia


Kami guru Malaysia 

Berikrar dan berjanji 
Mendidik dan memimpin 
Putra putri negara kita 

Pada Seri Paduka 
Kami tumpahkan setia 
Rukun Negara kita 
Panduan hidup kami semua 

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama 
Membantu, membina 
Negara yang tercinta 

 Amanah yang diberi 
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji 
Tunai tetap kami tunaikan 

 Lagu & Lirik : Hashim Ahmad



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon