HUKUM PELAKSANAAN
Hukum Solat Dua Hari Raya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah Sunat Muakkad (sunat yang amat dituntut). Ianya disunatkan samada secara berjemaah ataupun bagi orang yang bersendirian, bermukim atau bermastautin.
PERSIAPAN SEBELUM SOLAT
1. Disunat mandi kerana dua raya sekalipun dia tidak mahu hadhir sembahyangnya kerana ia hari berhias.
2. Sunat makan sebelum menunaikan sembahyang.
3. Yang lebih utama adalah tamar dan dengan bilangan ganjil.
4. Tidak makruh sembahyang sunat sebelumnya selepas naik matahari.
5. Dan Sunat menghidupkan malam raya dengan ibadat. Terhasil demikian itu dengan menghidupkan sebahagian besar malamnya.
WAKTU PELAKSANAAN
Waktu pelaksanaan sholat Hari Raya adalah di antara terbitnya matahari dan tergelincirnya pada hari raya tersebut.
MUAT TURUN: PANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH
MUAT TURUN: KHUTBAH HARI RAYA DI RUMAH