![]() |
Imej hiasan via Borneo Today |
Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukan hanya secara dalam talian seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pihak media dan sesetengah ahli politik.
Kaedah paling popular yang digunakan oleh pihak sekolah adalah kaedah penghasilan modul. Namun begitu, pada awal PdPR yang lalu, modul ini telah disalahertikan dengan lembaran kerja, natijahnya murid dilambakkan dengan hasil kerja tanpa bimbingan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Manual PdPR 2.0 telah memberi panduan keperluan yang perlu ada di dalam pembinaan sesuatu modul.
Sebelum itu, harus difahami oleh semua, modul PdPR sebenarnya memberi fokus kepada murid yang tidak mempunyai akses kepada guru mereka setelah mereka berada di rumah. Mereka juga tidak mempunyai cara untuk berinteraksi secara langsung dengan guru mereka.
Namun begitu, kepada murid yang masih mempunyai akses minima bersama guru mereka samada melalui ibu bapa atau sebagainya, juga digalakkan memilik modul ini daripada pihak sekolah. Ini bukan sahaja memudahkan kerja guru, malah menambah kefahaman murid tersebut sendiri.
Modul Pembelajaran secara PdPR
- Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah).
- Tajuk atau tema modul.
- Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
- Tempoh pelaksanaan aktiviti.
- Penerangan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti.
- Nota berstruktur berkaitan dengan tajuk modul.
- Aktiviti yang relevan dengan topik PdP (contoh).
- Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid.