Sunday, 11 April 2021

Watak superhero jadi hiasan pejabat sekolah

Pejabat sekolah, apatah lagi bilik guru besar sudah menjadi kawasan yang ‘menyeramkan’ untuk sesetengah murid yang melintas dihadapannya.


Namun demikian, Cikgu Muhammad Nazmi daripada SK Luagan, Lawas mahu memecahkan tradisi ini dengan satu kelainan. 


Beliau menghias ruang pejabat dengan hiasan karakter superhero yang menjadi kegilaan murid-murid.

Menurut beliau suasana berkenaan bukan sahaja memberi nilai tambah dan kecerian kepada pejabat, tetapi dapat menghilangkan stress kepada rakan-rakan guru yang lain.


Bagi beliau, pejabat adalah tempat untuk semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat untuk merujuk kemusykilan masing-masing berkaitan pendidikan dan lain-lain.


Sumber foto: FB Cikgu Muhammad Nazmi


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon