Masa tengah kes peak, kau buka sekolah.
Bila sekolah ramai positif, kau nak kompaun pula.
Aku antara saksi bagaimana sukarnya guru-guru nak sediakan keperluan penjagaan SOP.
Terpaksa ukur satu persatu meja, supaya jaraknya cukup 1 meter. Kalau kelas tak cukup, terpaksa pindahkan di lokasi yang lain. Cat penunjuk arah. Pasang penghadang. Letak kotak pakai plaster atas lantai. Dan ini belum lagi dengan mesyuarat briefing SOP yang memenatkan.
Apabila pelajar masuk sekolah, guru-guru ini terpaksa bertambah kerja. Dah jadi pengawal keselamatan pula. Kalau sekolah menengah mudahlah lagi. Tapi sekolah rendah, nak-nak pula yang Tahap 1, aduh......
Nak mengajar, nak jaga budak, nak jaga diri sendiri lagi. Bila dengar saja ada budak yang MC sebab demam, guru-guru ni punyalah berdebar-debar. Call ibu bapa, tanya ada simptom ke tidak. Ada buat swab test ke tidak. Risaunya bukan kepalang.
Guru-guru ni bukan risaukan murid-muridnya saja. Tapi risaukan juga keadaan dirinya. Diorang ni kebanyakannya ada family. Kalau ada yang positif, dia pun positif, tak ke anak-anak dan suami pun terpalit sama?
Gila-gila. Melalui pengajaran dan pembelajaran sewaktu wabak masih menggila merupakan satu mimpi ngeri bagi guru-guru.
Sukar nak abaikan penjagaan SOP ni. Mesti kena jaga juga SOP, sebab bukan saja melibatkan nyawa murid, tapi nyawa keluarga sendiri.
Kita yang bukan cikgu ni, susah nak terbayang apa yang guru-guru ni lalui. Tapi apa yang boleh aku katakan, SUSAH.
Sediakan penjagaan itu susah. Tapi nak kekalkan penjagaan tu yang PALING SUSAH.
Tapi, berapa guru yang mengeluh? Tak ramai... Tak ramai guru-guru yang mengeluh sampai nak berhenti kerja, sebab apa? Sebab mereka tahu tu tanggungjawab mereka.
Susah-susah mana pun, mereka tetap buat. Ikut SOP, marah budak tak ikut SOP, sediakan pelbagai persediaan supaya segalanya berjalan lancar, walaupun ada yang terpaksa keluarkan duit sendiri.
Tapi itulah, kuasa guru ni limited. Di sekolah beria-ia diorang kawal SOP, tapi kalau balik rumah, family diorang pula tak jaga SOP, takkan cikgu nak pantau juga.
Bayangkan, ada 50 orang guru nak menjaga 800 pelajar yang bermacam ragam. Cikgu ni kerjanya bukan nak pantau sahaja 24 jam. Dia ada kerja lain.
Paling power diorang boleh buat pun, buat syif masa rehat. Tapi lepas sekolah? Masa tengah tunggu bas? Lepas tu dengan budak berhimpit dalam van? Berhimpit dalam bas? Cikgu tak boleh nak pantau semua tu....
Takda guru yang saja-saja nak bagi pelajar-pelajar dia terdedah dengan penyakit. Hampir semua sekolah, hampir semua guru, semuanya buat sedaya-upaya untok jaga SOP.
Tapi, bila terjadi saja satu kes, memang buat guru-guru down. Sebab apa? Sebab dah buat penjagaan macam mana pun, ada juga budak yang 'terlepas'.
Tiba-tiba, keluar cadangan untok kompaun mana-mana sekolah yang tak ikut SOP, dan menghasilkan kluster.
Penguatkuasa kompaun sekolah. Sekolah pulak akan salahkan cikgu.
Akhirnya, cikgu-cikgu lah dikatakan punca kalau ada budak yang positif.
Pergi kedai membeli cincau.