Monday, 5 April 2021

Kanak-kanak diberhentikan sekolah jejas emosi

Gambar fail Cikgu Share

Jangan fikir tindakan memberhentikan anak daripada sistem persekolahan formal tidak memberi kesan kepada diri mereka. Sebenarnya langkah sebegitu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan awam tetapi kemungkinan kanak-kanak ini berdepan gangguan emosi sehingga merencatkan perkembangannya.


Kaunselor Berdaftar, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata sewajarnya ibu bapa meneliti setiap pilihan yang ada dan mengkaji kesan dan akibat sebelum membuat sesuatu keputusan.


"Ibu bapa perlu sedar perbezaan antara kehendak dan keperluan. Disebabkan itu perancangan rapi perlu dibuat bagi memastikan anak mempunyai kemahiran asas yang diperlukan.


"Apatah lagi, fasa awal kehidupan kanak-kanak adalah detik paling penting kerana ia membawa perbezaan yang ketara dalam menentukan bagaimana sel otak berkembang selain boleh mempengaruhi pembelajaran sepanjang hayat dan kesihatan mereka," katanya.


Siti Fatimah berkata, secara asasnya, kanak-kanak memerlukan persekitaran sosial yang positif dan sihat dalam membentuk karakter diri serta memenuhi psikologi perkembangan manusia.


"Mereka memerlukan pendedahan dan interaksi sosial dalam kalangan rakan sebaya menerusi komunikasi lisan dan bukan lisan.


"Setiap pembangunan karakter mereka bermula daripada tindak balas dengan persekitaran menerusi pemerhatian, pendengaran serta pembabitan dalam aktiviti berkumpulan.


"Keperluan ini sekiranya terjejas dan tidak digantikan akan meninggalkan kesan jangka panjang," katanya.


Tambahnya, tidak salah untuk ibu bapa memilih kaedah atau platform pendidikan selain konvensional, asalkan ia mestilah seimbang dan menepati keperluan emosi anak-anak.


"Emosi adalah keperluan asas psikologi yang dinamakan sebagai psikososial. Ini termasuk kasih sayang, penghargaan kendiri dan penghormatan yang sepatutnya diwujudkan menerusi persekitaran sosial.


"Ada banyak kesan buruk jangka panjang jika emosi kanak-kanak terjejas termasuk timbulnya isu personaliti terutama membabitkan hubungan interpersonal dan intrapersonal.


"Kecerdasan lisan atau linguistik juga mungkin terjejas jika tidak mendapat pendedahan yang sempurna, selain kecerdasan spiritual serta kinestetik terganggu kerana kelemahan dalam tahap perkembangan


Imej via Berita Harian

Sumber: Berita Harian

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon