Kuala Lumpur: Seorang guru SMK Sungai Besi maut setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan dua motosikal dalam kejadian di lebuhraya EKVE berhampiran masjid Ukay Perdana jam malam tadi.
Mangsa Ustaz Burhanuddin Ab Latif disahkan meninggal dunia ditempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal lain.
Apa yang berlaku sungguh memilukan memandangkan arwah baru sahaja pulang dari masjid berdekatan selepas bertarawih.
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berwajib.