Sunday, 18 April 2021

COVID-19: Semua sekolah di kawasan PKP di Kelantan diarah tutup


Kota Bharu - Semua sekolah yang berada dalam jajahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan diarahkan tutup bagi tempoh tujuh (7) hari mulai 18 hingga 24 April 2021.


Arahan ini berdasarkan satu surat makluman daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bertarikh 17 April 2021.

"Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Khas Negeri Kelantan - Penguatkuasaan Covid-19 Bil 2/2021 yang telah diadakan pada sebelah petang 17 April 2021 telah mencadangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan supaya menutup semua semua sekolah dan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di 7 jajajan yang dilaksanakan PKP.

"Cadangan ini telah dipertimbangkan dan dengan mengambil kira situasi semasa, KPM telah membuat ketetapan  bahawa semua semua sekolah dalam kawasan PKP diarahkan tutup bagi tempoh 7 hari mulai 18 hingga 24 April," ujarnya.

Katanya lagi, semua murid yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama.

Pada 15 April yang lalu Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 hingga 29 April ini.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon