Sunday, 18 April 2021

COVID-19: Sekolah antara lapan kluster baharu dikesan


KUALA LUMPUR: Sejumlah lapan kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini melibatkan negeri Sarawak, Sabah, Johor, Selangor dan Pahang.


Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan pada Sabtu, empat daripada kluster-kluster tersebut membabitkan tempat kerja, tiga membabitkan sekolah atau institusi pendidikan, dan satu melibatkan komuniti.


Berikut adalah perincian bagi setiap kluster-klustr baharu berkenaan:


1. Kluster Jalan Ding Lik Kwong

  • Melibatkan daerah Sibu, Sarawak. 
  • Kes indeks dikesan positif pada 13 April hasil saringan individu bergejala. 
  • Seramai 43 disaring, 16 positif. 


2. Kluster Jalan Damai Tawau

  • Melibatkan daerah Tawau, Sabah. 
  • Kes indeks dikesan positif pada 13 April hasil saringan individu bergejala. 
  • Seramai 65 disaring, 14 positif. 


3. Kluster Bukit Quoin

  • Melibatkan daerah Tawau, Sabah. 
  • Kes indeks dikesan positif pada 10 April hasil saringan individu bergejala. 
  • Seramai 18 disaring, 11 positif. 


4. Kluster Jalan Wawasan Lima

  • Melibatkan daerah Batu Pahat, Johor. 
  • Kes indeks dikesan positif pada 12 April hasil saringan individu bergejala. 
  • Seramai 178 disaring, 10 positif 


5. Kluster Ulu Balingian

  • Melibatkan daerah Selangau, Sarawak. 
  • Kes dikesan positif pada 17 April hasil saringan bersasar pelajar sekolah. 
  • Seramai 200 disaring, 101 positif. 


6. Kluster Jalan Disa

  • Melibatkan daerah Sibu, Sarawak. 
  • Kes indeks dikesan positif pada 14 April hasil saringan individu bergejala. 
  • Seramai 199 disaring, 20 positif. 


7. Kluster Jalan Maktab

  • Melibatkan daerah Sepang dan Hulu Langat, Selangor, serta Putrajaya. 
  • Kes indeks dikesan positif pada 15 April hasil saringan individu bergejala. 
  • Seramai 42 disaring, 9 positif 


8. Kluster Seri Kuantan

  • Melibatkan daerah Kuantan, Pahang dan Cheras, Kuala Lumpur. 
  • Kes indeks dikesan positif pada 16 April hasil saringan individu bergejala. 
  • Seramai 111 disaring, 18 positif.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon