NIBONG TEBAL: SMK Methodist di sini akan ditutup daripada Selasa (20 April) hingga Jumaat (23 April) kerana kes Covid-19 yang dilaporkan di sana.
Sekolah berkenan akan dibuka semula pada hari Isnin (26 April) ini.
Pengetua sekolah tersebut, Dr Sivasanggar Subramaniam memaklumkan arahan penutupan itu adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beliau meminta ibu bapa agar memberikan kerjasama sepenuhnya berikutan penutupan sekolah berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, pengetua sekolah mempunyai hak untuk menutup sekolah sekiranya jangkitan virus tersebut menimbulkan risiko.