Tuesday, 6 April 2021

COVID-19: Dua sekolah di Masjid Tanah diarah tutup

MELAKA: Dua sekolah rendah di Masjid Tanah, di sini diarah tutup sementara susulan beberapa murid dan guru sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.


EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata berdasarkan makluman Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah semalam, Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram ditutup sehingga esok, manakala SK Pengkalan Balak pula diarah tutup hari ini sehingga Jumaat.


Beliau berkata, dua kakitangan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) turut disyaki positif COVID-19, namun pusat pengajian terbabit boleh beroperasi seperti biasa.


"Mereka yang positif adalah dua murid SK Jeram manakala masing-masing tiga murid serta guru di SK Pengkalan Balak.


"Kerja nyahkuman akan dilakukan segera di semua sekolah dan pusat pengajian terbabit dengan segera.


"Punca jangkitan masih disiasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon