Tuesday, 16 March 2021

Calon SPM dakwa tidak dibenarkan duduki SPM kertas Biologi

Seorang calon SPM melalui satu hantaran di akaun Twitter mendakwa dirinya tidak dibenarkan menduduki kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mata pelajaran Biologi yang dijadualkan hari ini.


Menurut beliau, tindakan tersebut dilakukan oleh kerana guru subjek berkenaan kerana bimbang reputasi sekolah akan terjejas.

Calon tersebut juga mengakui beliau memang tidak pernah mengikuti mata pelajaran berkenaan, namun begitu, hak untuk beliau duduki peperiksaan tidak wajar dinafikan.

 


Pihak pentadbiran juga menurutnya memberi pendapat yang sama untuk tidak membenarkan beliau menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut.


Namun demikian, setelah campur tangan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), calon ini akhirnya dibenarkan untuk memasuki dewan bagi menduduki peperiksaan untuk mata pelajaran berkenaan.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon