Wednesday, 31 March 2021

Apakah maksud pengkelasan pendapatan B40, M40 & T20?

Maksud B40, M40 dan T20 


Takrif isi rumah mengikut kumpulan pendapatan yang diguna pakai di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu kumpulan isi rumah:


  • Terendah 40% atau bottom 40% (B40) 
  • Kumpulan pertengahan 40% atau middle 40% (M40) 
  • Kumpulan tertinggi 20% atau top 20% (T20).


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini telah mengeluarkan penetapan baharu berhubung tiga kelas isi rumah negara iaitu B40 (2.91 juta isi rumah), M40 (2.91 juta isi rumah) dan T20 (1.46 juta isi rumah) kepada 10 bahagian. 


Kenyataan ini telah digariskan dibawah Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 di mana pada laporan tersebut DOSM telah membahagikan kelas B40 kepada B1, B2, B3, B4 – manakala M40 pula kepada M1, M2, M3 dan M4 – kelas T20 pula sekadar kepada 2 bahagian iaitu T1 dan T2. 


Menurut Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan – pembahagian kelas isi rumah ini adalah merangkumi penyelarasan bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan isi rumah. 


Tambahnya lagi pemerhatian ini telah dijalankan sejak Januari 2019 lagi yang melibatkan sekitar 7.3 juta isi rumah negara.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon