1. Memastikan Keselamatan Persekitaran dan Fizikal Sekolah
- Undang-undang menghendaki tuan punya premis (bangunan dan kawasan tanah) memastikan premisnya adalah selamat digunakan atau didiami oleh semua pihak yang mempunyai hak menggunakannya atau berada di situ.
- Jadi keadaan fizikal sekolah hendaklah sentiasa diselenggarakan dengan baik.
- Contohnya tangga dan serambi bangunan mesti mempunyai pelindung yang sesuai dan kukuh untuk memastikan tiada murid berkemungkinan terjatuh ke bawah. Siling yang setengah terjatuh dan bumbung yang bocor mesti dibaiki dengan kadar segera.
- Dalam bilik darjah, kipas, wayar elektrik uzur, kerusi lama dan lain-lain perlu diperiksa dari masa untuk memastikan keselamatan penggunaannya. Suis dan soket yang rosak mesti diganti.
- Semak-semak panjang di kawasan sekolah mesti di tebas untuk mengelak segala bentuk bahaya seperti menjadi tempat perlindungan ular yang boleh mendatangkan kemudaratan.
- Pokok juga boleh mendatangkan bahaya sekiranya ianya tumbang ditiup angin.
- spesifikasi keluasan,
- tingkap mencukupi untuk pengudaraan,
- ketinggian siling
- ruang yang mencukupi untuk setiap murid,
- cahaya yang cukup terang dan
- bilangan maksimum murid yang dibenarkan dalam setiap bilik darjah.
- Selain daripada itu, peraturan yang sama mengatakan bahawa pemimpin sekolah bertanggungjawab membenarkan pihak-pihak yang berhak sahaja untuk menggunakan premis sekolah.
Dalam kes Carmarthenshire County Council v. Lewis [1995], seorang murid berumur empat tahun telah ditinggalkan seketika oleh gurunya.
Murid tersebut keluar dari kawasan sekolah dan menyebabkan suatu kemalangan jalanraya terjadi di mana seorang pemandu lori mati. Akhirnya, pihak sekolah dipersalahkan kerana guru tidak mengawasi murid dan sekolah juga dipersalahkan (vicariously liable) kerana gagal mengunci pintu masuk sekolah.
Kecuaian untuk memastikan keadaan sekolah selamat telah menyebabkan pihak sekolah didakwa.
2. Memastikan Keselamatan Sewaktu P&P Di Bilik Darjah
- Pengawalan kelas merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh seseorang guru sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas.
- Mengikut undang-undang common law, guru dikehendaki membuat penyeliaan yang munasabah (reasonable degree of supervision) ke atas murid-murid di bawah jagaannya sewaktu kelas berjalan.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan beliau didakwa jika murid tercedera akibat kecuaiannya. Ini disebabkan guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sesebuah pengajaran dan pembelajaran serta memastikan keselamatan pelajar.
Dalam kes Government of Malaysia & Ors. v. Jumat Bin Mahmud & Anor., plaintif asal telah tercedera akibat perbuatan nakal kawannya sehingga akhirnnya menjadi buta pada sebelah mata.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pihak guru telah cuai dalam penyeliaannya. Tetapi selepas rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan, didapati bahawa guru berkenaan tidak boleh dipersalahkan kerana kecederaan yang dialami oleh murid adalah akibat dari kemalangan yang tidak dapat diduga (not reasonably forseeable) oleh seseorang dalam keadaan yang biasa.
3. Memastikan Keselamatan Sewaktu Kelas Amali
- Semua makmal dan bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan bertulis yang diedarkan kepada setiap murid pada hari pertama mereka menggunakan makmal atau bengkel tersebut.
- Peraturan tersebut perlu diterangkan kepada murid oleh guru dengan jelas sehingga mereka betul-betul faham.
- Peraturan-peraturan tersebut juga perlu dipamerkan pada papan kenyataan setiap makmal atau bengkel dan
- diingatkan kepada murid dari semasa ke semasa.
- Jika terdapat guru sementara, pemimpin sekolah mesti memastikan bahawa mereka tidak melakukan atau menyuruh pelajar melakukan percubaan-percubaan yang ‘berbahaya’.
- Pemimpin sekolah dengan bantuan Guru Kanan Sains harus menapis rancangan kerja guru-guru tersebut bagi kerja amali (Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/1974, bertarikh 8 Julai 1974).
- Selain daripada itu, guru-guru mesti memberi amaran terlebih dahulu kepada murid-muirid sebelum sebarang tunjukcara atau percubaan dijalankan dalam mana terdapat kemungkinan punca letupan atau bahaya.
- pengendalian silinder,
- paip dan saluran gas;
- suis, alat dan penghubung elektrik;
- pencegahan kebakaran;
- latihan kecemasan api;
- kelengkapan memadam api;
- penyimpanan bahan-bahan berbahaya;
- keadaan bilik-bilik makmal; dan lain-lain) adalah diberi dengan lengkap dan jelas dalam Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/1974.
- Pemimpin sekolah mesti memastikan semua guru sains mengetahui kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas berkenaan dan mematuhi semua arahan dan panduan yang diberikan demi keselamatan semua pihak.
- Buku-buku panduan penyelenggaraan makmal yang berkaitan juga perlu difahami dan diguna sebagai panduan guru setiap masa.
- Sewaktu kelas amali dijalankan, guru-guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti murid-murid dengan rapi untuk memastikan keselamatan dijaga ke tahap munasabah di samping membantu menjayakan percubaan mereka.
4. Memastikan Keselamatan Kemudahan Sukan dan Kegiatan Ko-kurikulum
- Sukan dan kegiatan ko-kurikulum merupakan satu lagi punca kemalangan mungkin berlaku.
- Pemimpin sekolah hendaklah memeriksa dan memastikan bahawa segala kemudahan sukan dan permainan adalah dalam keadaan sempurna dan selamat untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum tersebut dijalankan.
- Guru-guru mesti memastikan bahawa padang, gelanggang, dan alat-alat sukan yang baik dan sempurna sahaja digunakan semasa menjalankan aktiviti.
- Stor sukan mesti diselenggarakan dengan sempurna dan selamat mengikut segala arahan dan peraturan yang ada kerana alat-alat sukan dianggap berbahaya.
- Murid-murid hendaklah diajar dengan teliti supaya mereka tahu menggunakan alat-alat dengan betul dan selamat.
- Walaupun guru dan pihak sekolah tidak dipertanggungjawabkan, tetapi kita mesti mengambil iktibar dari kes ini dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kawasan berhampiran kemudahan sukan dan permainan adalah bebas dari kemungkinan berlakunya kecederaan kepada murid-murid.
- Jika kerja pembinaan sedang dijalankan atau terdapat bahan pembinaan yang dilonggokkan, kawasan tersebut perlu dipagari dan dijadikan kawasan larangan. Murid-murid perlu diberitahu tentang bahaya di kawasan tersebut.
- Peraturan-peraturan dan panduan yang diberi dalam Surat Pekeliling 3/1984, Bil.7/1977, Bil. 7/1988, Bil 8/1995 dan Bil. 24/1998 berkenaan aktiviti kebudayaan, “walkaton”, penyertaan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia(MSSM), dan penglibatan aktiviti-aktiviti anjuran agensi kerajaan dan swasta hendaklah diikuti bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar dijaga dan memastikan persekolahan pelajar-pelajar tidak terjejas.
- Pelajar-pelajar sentiasa berada di kawasan sekolah dan mesti dilindungi dari kemalangan jalan raya.
- Terutamanya pada masa sebelum kelas bermula dan masa selepas kelas baru tamat setiap hari, ramai pelajar akan berkeliaran di merata tempat sekolah.
- Pemimpin sekolah perlu mengadakan satu sistem pergerakan trafik yang cekap dan sistem pengawasan yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan berlaku.
- Kawasan sekolah biasanya terhad maka adalah baik sekiranya semua kenderaan ibu bapa dan bas sekolah dilarang masuk ke kawasan sekolah. Mereka dikehendaki mengambil pelajar-pelajar di suatu tempat yang sesuai di luar kawasan sekolah.
- Kebakaran sekolah boleh diakibatkan oleh litar pintas, perbuatan jenayah (arson), kerja-kerja amali di makmal atau bengkel, kecuaian dan lain-lain lagi.
- Kebakaran yang berlaku di sekolah boleh mengakibatkan kerugian harta benda sekolah dan kehilangan nyawa.
- Untuk mengelakkan dari dakwaan berhubung dengan kebakaran sekolah, pemimpin sekolah perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan berlakunya kebakaran seperti menubuhkan:
- Jawatankuasa Pencegahan kebakaran sekolah;
- membuat pemeriksaan rapi terhadap sistem pendawaian elektrik;
- mengadakan hari / minggu pencegahan kebakaran; dan
- memastikan guru-guru makmal dan bengkel mematuhi prosedur pencegahan kebakaran di makmal dan bengkel masing-masing.
- Semua penghuni sekolah mesti tahu serta bersedia menangani masalah apabila kes kebakaran berlaku.
7. Memastikan Keselamatan Sewaktu Membuat Lawatan
- Lawatan adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan seorang pelajar. Malangnya risiko yang terlibat dalam lawatan adalah tinggi juga.
- Banyak kemalangan seperti terjatuh, kemalangan jalan raya dan mati lemas telah pun terjadi semasa pelajar-pelajar mengadakan lawatan.
- Peraturan Schools (General) Regulations, The Registration of Schools Ordinance, 1950 menghendaki pihak sekolah mementingkan aspek kebersihan, keceriaan dan kesihatan guru-guru, murid-murid dan kemudahan-kemudahan fizikal sekolah.
- Makanan dan minuman yang disediakan atau dibekalkan di kawasan sekolah, sama ada di kantin, di dapur sekolah atau pun makanan yang dibekalkan dalam Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah, mesti bersih dan sesuai bagi menjaga kesihatan semua pihak.
- Keracunan makanan di sekolah kebelakangan ini telah melibatkan kanak-kanak sekolah amat membimbangkan. Punca keracunan makanan adalah daripada makanan yang siap masak dijual di kantin sekolah.
- Pengurus sekolah perlu mengetahui dan memahami langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya diambil untuk elak insiden keracunan makanan di premis mereka.
- Pelajar-pelajar perlu dinasihatkan tentang amalan kebersihan yang perlu untuk menjaga kesihatan diri sendiri.
- Pekerja dan pembekal makanan juga perlu mengamalkan kebersihan diri, alat-alat dan perkakasan makanan, bangunan dan kemudahan yang digunakan untuk menyediakan makanan.
- Kecuaian pemimpin sekolah sekolah memastikan langkah-langkah kebersihan diambil boleh mengakibatkan dakwaan yang tidak diingini.
- [Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995, Bil. 5/1988 dan 2/1983 adalah berkaitan.]