Sunday, 7 February 2021

Senarai Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB) Untuk Mata Kredit SPLKPM



Semakin ramai guru-guru menghasilkan video kreatif masing-masing. Ada yang buat untuk PdP, ada yang buat tutorial dan pelbagai lagi.


Tahukah anda sebagai guru, anda boleh mendapat mata kredit daripada penghasilan video-video tersebut?


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu surat siaran dan garis panduan pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB) yang mengandungi penerangan lengkap tentang latar belakang, objektif, definisi operasi, kaedah pelaksanaan, kaedah perekodan, jumlah mata kredit minimum setahun, kegunaan MyPPB serta deskripsi PPB.
Berikut adalah Senarai Aktiviti PPB yang boleh direkodkan untuk mata kredit. Untuk deskripsi yang lebih jelas, cikgu-cikgu boleh muat turun dokumen surat siaran dan garis panduan ini di link INI.

1. Kursus 
2. Wacana Ilmu
3. Lawatan Penanda Aras
4. Bimbingan dan Pementoran
5. e-PEMBELAJARAN
6. Pembacaan Buku
7. Peningkatan Akademik
8. Program Sangukutan di Organisasi dalam dan Luar KPM
9. Sumbangan Lain Berbentuk Profesional dan Bukan Profesional
10. PLC
11. Inovasi
12. Penyelidikan
13. Penulisan dan Pengkaryaan


BAGAIMANA PULA UNTUK CIKGU MENDAFTAR DI BAWAH MyPPB UNTUK  VIDEO-VIDEO PDP / TUTORIAL / MODUL KREATIF MEREKA?

1. Buka SPLKPM kita
2. Di bhgn kiri pilih & klik Aktiviti Lain PPB
3. Klik +Senarai Aktiviti PPB
4. Pilih Penulisan & Pengkaryaan / Sumbangan / Modul
5. Tekan Tambah Aktiviti (di bhgn kanan warna biru hijau)
6. Masukkan details video yg kita buat
Tekan simpan

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon