Friday, 5 February 2021

Maszlee dakwa JPN arah sekolah buat jadual PdPR baharu

5 Februari - Polemik jadual baharu pula melanda bidang pendidikan negara taktala semua guru sibuk dengan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kecuali guru-guru Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.


Tidak ketinggalan juga, bekas menteri pendidikan YB Dr Maszlee Malik turut melontarkan pendapat beliau mengenai perkara tersebut di dalam hantaran terbaharu di laman facebooknya.


"Mendesak guru untuk melaksanakan jadual persis seperti mengajar di sekolah ketika menjalankan PdPR adalah sesuatu yang sangat tidak munasabah.


"Saya juga mendapat maklumat ada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang sudah mengeluarkan surat arahan memaksa para guru untuk mengajar 5 subjek sehari," katanya.


Menurut sumber, tiada sebarang surat arahan daripada mana-mana Jabatan Pendidikan negeri yang mengeluarkan arahan tersebut, walaupun panduan itu telah dimuatnaik oleh Kementerian Pendidikan di laman webnya dua hari sudah.


Sumber turut menyatakan masih terdapat beberapa siri perbincangan di antara Jabatan Pendidikan dan juga KPM berkenaan hal ini.


Kekeliruan ini timbul apabila terdapat beberapa orang guru yang mempunyai akaun twitter memuatnaik status mereka dengan mengatakan telah menerima arahan daripada JPN untuk melaksanakan jadual baharu sedangkan ianya tidak pernah berlaku sama sekali.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon