Putrajaya - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu surat siaran bagi memaklumkan berkenaan perubahan dalam penyediaan surat-surat kerajaan.
JPA memaklumkan ianya selaras dengan Proklamasi Darurat yang dibuat pada 12 Januari 2021 yang lalu.
"Sejajar dengan hasrat kerajaan supaya setiap penjawat awam menghayati dan memberi komitmen sepenuhnya kepada langkah-langkah yang diambil dalam menangani pandemik COVID-19 ini, maka kerajaan bersetuju supaya satu frasa baharu iaitu "PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19" ditambah sebelum frasa "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" dalam semua surat rasmi kerajaan," katanya.
JPA memaklumkan juga, frasa tersebut akan digunakan selagi mana Proklamasi Darurat masih berkuatkuasa.