Monday, 18 January 2021

PdPR: Ibu bapa perlu jadi 'mata & tangan' guru sementara waktu - Maslzee

18 Januari - Ahli Parlimen Simpang Ranggam, Dr Maszlee Malik hari ini melontarkan beberapa nasihat dan pendapat beliau mengenai Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) yang akan dilaksanakan bermula 20 Januari 2021, Rabu ini.


Beliau berpendapat semua pihak harus berlapang dada dengan menjadi sistem sokongan antara satu sama lain.


"Saya percaya semua guru berada dalam dilema kerana tidak semua anak murid mempunyai ekosistem pembelajaran dalam talian yang kondusif. Dalam masa yang sama mereka juga dalam keadaan keletihan kerana terpaksa bertahan mengajar dari rumah sejak tahun lalu," katanya.


Guru dan ibu bapa harus saling melengkapi untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran yang berkesan untuk anak-anak di rumah. Ibu bapa dan guru harus berkomunikasi secara telus dan bekerjasama serta elakkan tuding menuding di antara mana-mana pihak.


Guru juga harus bersedia untuk meneruskan ‘new normal’ ini dengan menyediakan bahan PdPR yang berkesan dan boleh diukur.


"Ibu bapa juga harus menjadi mata dan tangan guru untuk sementara waktu, sehingga sekolah dibuka semula nanti.


"Hanya dengan cara ini kita semua boleh bekerjasama untuk mengelakkan ‘lost generation’ di kalangan anak-anak kita dengan menyediakan mereka untuk bersedia meneruskan pembelajaran," katanya lagi.


Semua murid akan memulakan sesi persekolahan secara PdPR pada 20 Januari 2021, Rabu ini


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon