Senarai dokumen yang berkaitan boleh dirujuk berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12/2008.
Pertukaran Sementara
Bagi urusan pertukaran sementara ke agensi awam, sijil gaji akhir dan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai di agensi pembekal hendaklah diserahkan kepada agensi peminjam.
Peminjaman ke agensi swasta/badan berkanun
Bagi urusan peminjaman ke agensi swasta/badan berkanun, sijil gaji akhir dan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai di agensi pembekal hendaklah dikemukakan kepada BPSM, KPM.
Proses permohonan pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41
Sebarang permohonan hendaklah dibuat melalui portal JobsMalaysia. Walau bagaimanapun, KPM hanya memperaku calon tajaan KPM mengikut kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa.
- Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing-masing dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- PPP Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
- Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; dan
- Diperaku oleh Ketua Jabatan.
- Borang Permohonan PDP Pegawai (SPP/K/002)
- (Lampiran I Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
- Borang Perakuan PDP Jadual Ketiga
- (Lampiran II atau Lampiran III Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
- Borang Opsyen KWSP Jadual Kelima
- (Lampiran IV atau Lampiran V Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
- Salinan Sijil Kursus Induksi / Program Tranformasi Minda (PTM) dan surat pengecualian Kursus Induksi/ PTM (jika ada)
- Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini / teratur dan disahkan
- Ketua Jabatan bagi anggota yang tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan permohonan bagi Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) anggota kepada SPP dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja tamat tempoh percubaan maksimum atau genap 36 bulan perkhidmatan (Perenggan 9 Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2013).
- Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual Ketiga – Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan. Para 4, P.U(A) 1/2012.
- Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai mengikut subperaturan (3), pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar ke Ketua Jabatan. Para 5, P.U.(A) 1/2012.
- hadir dengan jaya PTM; atau
- hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
- lulus Peperiksaan Am Kerajaan
- Surat iringan dari Jabatan/Sekolah (berserta justifikasi kelewatan sekiranya melebihi tempoh percubaan tiga (3) tahun dari tarikh lantikan);
- Salinan bukti kehadiran Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM atau slip keputusan Peperiksaan Am Kerajaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan; dan
- Salinan surat lantikan ke jawatan terkini pemohon.