![]() |
Imej via Rajes Pillay |
3 November - Seorang netizen, melalui laman Facebooknya Rajes Pillay telah memuatnaik sekeping gambar yang didakwanya seorang guru sedang menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ketika menunggu salah seorang ahli keluarganya menerima rawatan di sebuah hospital.
"Dedikasi beliau menyampaikan pengajaran di sebuah koridor yang sibuk amat mengejutkan saya.
"Saya amat yakin beliau merupakan seorang guru daripada sekolah kerajaan kerana penyampaiannya dalam Bahasa Melayu yang kemudian diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sangat lancar," jelasnya lagi.
Beliau memuji tindakan guru tersebut dan yakin pelajar-pelajarnya sangat beruntung mendapat guru sepertinya.
Hantaran Facebook beliau mendapat hampir empat ratus perkongsian dan lebih lima ribu tanda suka.