Sunday, 20 December 2020

10 jenis pekerjaan boleh jana pendapatan hanya dari rumah

Serangan wabak pandemik COVID-19 benar-benar memberi impak kepada rakyat Malaysia. Ada yang kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan, yang dipotong gaji dan pelbagai lagi.


Walaupun pelbagai inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyatnya yang terkesan, sebenarnya ia belum mampu membantu sepenuhnya. Rakyat juga faham dengan keadaan tersebut. 


Oleh yang demikian, inisiatif diri sendiri perlu dilakukan bagi menjamin kelangsungan hidup dalam keadaan sekarang ini. Berikut kami kongsikan beberapa jenis pekerjaan yang dikongsikan oleh myhomestay4u.net yang boleh dilakukan dari rumah yang mungkin sedikit demi sedikit meringankan beban kewangan kepada yang terkesan.


1. Buat video dan upload di Youtube 


Ramai orang berjaya menjana pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah melalui video yang mereka muatnaik di Youtube. Rahsia buat duit dari Youtube ini mula dikenali ramai sekitar tahun 2014, apabila ada seorang pemuda dari Sweden yang bernama Felix Kjellberg berjaya menjana pendapatan RM14 juta setahun (2.6 juta pound) dengan hanya bermain komputer. Felix Kjellberg berjaya menjana pendapatan RM14 juta setahun (2.6 juta pound) melalui youtube. 


Selepas itu, ramai jutawan-jutawan youtuber lahir di Malaysia seperti Dato' Seri Aliff Syukri, Mr Kokom, Zukie Mohamad, Alief Irfan, Syahmi Sazli, Ustaz Ebit Lew, dan lain-lain. Menarik bukan? 


2. Berniaga dari rumah menggunakan platform Shoppe, Lazada dan lain-lain.


Ada peniaga dalam kalangan rakyat Malaysia berjaya buat rekod jualan sebanyak 6 angka sebulan secara part time di laman web Shopee. 


Dalam Tempoh PKP dilaksanakan, ramai rakyat Malaysia tidak dapat keluar rumah dengan sesuka hati. Jadi, cara terbaik untuk mereka berbelanja ialah dengan membeli secara online dan kebanyakannya berasa selesa "bershopping" di platform Shopee, Lazada dan beberapa platform perniagaan yang lain.


3. Buat duit dengan menulis


Kerja Part Time seterusnya yang boleh dilakukan sehingga sekarang ialah menulis, menulis dan menulis. 


Daripada seorang penulis blog, boleh jadi penulis ebook. Dan mana tahu satu hari nanti anda bakal menjadi penulis buku pula.  


Duit dengan menulis mempunyai potensi yang sangat bagus untuk jangka masa panjang. Buat kerja sekali tapi boleh untung berkali-kali. Untuk buku bercetak (hard copy), jual buku cetakan pertama sehingga habis, buat cetakan yang kedua. Jual buku cetakan kedua sehingga habis, buat pula cetakan yang ke tiga. Begitulah seterusnya.


4. 100% bekerja dari rumah sebagai ejen Affiliate  


Bekerja dari rumah 100% sebagai ejen affiliate memang paling mudah. Ini disebabkan kita tolong promosi produk orang, kemudian kita akan dibayar komisyen antara 2% - 60%. 


Memang best! Komisyen tinggi, tiada langsung risiko kerugian sebab pendaftaran untuk menjadi ejen affiliate adalah percuma.


5. Jadi Usahawan Internet secara Part Time Dari Rumah  


Nak jadi usahawan internet secara part time dari rumah ni tak susah. Tetapi, anda perlu mempunyai kemahiran tertentu seperti tahu mengendalikan Fanpage, tahu teknik pemasaran di facebook, tahu buat laman web yang simple, tahu buat copywritng, tahu mengumpul senarai email, tahu cara nak menghubungi prospek, dan lain-lain. 


Nak jadi usahawan internet ni tidak semestinya kita perlu bermula dengan kesempurnaan 100%.


6. Jadi Penulis Content Viral di Facebook


Sekarang ni ramai orang berjaya buat duit di media sosial seperti facebook, Instagram dan Twitter. 

Apa yang mereka buat? Mereka hasilkan tulisan yang boleh menjadi viral dan ramai orang kongsikan tulisan tersebut. Semakin ramai orang sudi kongsi hasil tulisan anda, boleh menyebabkan anda mempunyai ramai pengikut di media sosial. 


Bila anda mempunyai ramai pengikut di media sosial dan kebanyakan mereka berasa selesa dengan hasil tulisan anda, akan memudahkan anda untuk menghasilkan pendapatan melalui pelbagai cara.


7. Bisnes bakeri termasuk kek, tart, biskut raya dan sebagainya di rumah dan jual secara online 


PKP Fasa 3 dan Fasa 4 berlaku pada bulan Ramadhan. Selepas bulan Ramadhan, kita akan memasuki bulan Syawal pula. 


Pada ketika ini orang ramai ada masa untuk belajar ilmu-ilmu masakan. Dalam masa yang sama, mereka juga boleh boleh gunakan ilmu dan kemahiran tersebut untuk menjana pendapatan dari rumah.  


Anda boleh memulakan bisnes bakeri dari dari rumah dengan membuat kek, tart, biskut raya dan sebagainya kemudian anda jual secara online. In Shaa Allah, ramai orang berminat untuk membeli hasil masakan anda.


8. Ambil upah design e-banner untuk peniaga-peniaga e-Bazar Ramadhan, sampul duit raya, e-kad raya, cover ebook dan lain-lain.


Sekiranya anda mempunyai kepakaran untuk merekabentuk e-banner yang cun, anda boleh sediakan servis ambil upah design e-banner kepada peniaga-peniaga e-bazar Ramadhan. 


Kebanyakan peniaga e-bazar Ramadhan tak pandai nak design e-banner. Tapi mereka pandai berniaga. Jadi, inilah peluang anda untuk mewujudkan satu peluang pekerjaan dari rumah. 


Selain itu, anda juga boleh tawarkan servis design sampul duit raya, e-kad raya, cover ebook dan lain-lain. Ramai orang mencari perkhidmatan ini, terutamanya dekat-dekat nak raya ni.


9. Buat apps dari rumah dan jana pendapatan 

Anda tentu pernah menggunakan Apps di Smartphone anda kan? 


Biasa apps ni kita download di google store, kemudian kita cari apps yang kita perlukan untuk keperluan kehidupan seharian kita seperti untuk bayar bil, untuk mudahkan kita melayari sesuatu laman web, untuk bermain game dan sebagainya. 


Tahukah anda, orang-orang yang membangunkan apps boleh menghasilkan pendapatan (pasif income) daripada setiap pengunjung atau pengguna apps mereka. Semakin ramai orang yang memuatturun dan menggunakan apps mereka, semakin banyak pendapatan yang berjaya mereka perolehi.


10. Ambil upah buatkan platform e-commerce untuk syarikat-syarikat yang ingin bawa perniagaan mereka ke dalam talian 


Sebenarnya mudah sahaja nak buat platform e-commerce ini kalau tahu caranya. 

Anda tidak perlu tahu tentang programming! 

Bila dah tahu caranya, anda boleh gunakan kemahiran tersebut untuk membantu syarikat-syarikat yang belum "mengonlinekan" perniagaan mereka.

***********************************

PELUANG PERNIAGAAN!

Ok, itu beberapa cadangan ringkas yang boleh kami share dengan anda. Selebihnya terpulanglah kepada usaha sendiri untuk terus berjaya atau untuk memastikan kelangsungan hidup di kala pandemik ini menyerang.

Di sini juga kami perkenalkan kepada anda satu peluang perniagaan untuk anda ceburi terutama kepada yang diberhentikan kerja akibat pandemik ini.

Peluang pekerjaan ini dikongsikan oleh iLearn Ace untuk anda semua. iLearn Ace ini merupakan produk MindTech Education sebuah anak syarikat Sasbadi Holding Berhad yang terkenal dalam penghasilan bahan-bahan pendidikan.


Dengan permintaan yang tinggi terutama pada musim sekolah ditutup ini, keperluan untuk mendapatkan sumber pembelajaran yang berkualiti amat diperlukan.


Produknya juga kurang saingan dan mudah dijual. Bonus dan keuntungan lumayan menanti anda!

Boleh hubungi di nombor WhatsApp 019-3073318 bagi maklumat lanjut.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon