Monday, 30 November 2020

Sekolah laksana Peperiksaan Akhir Tahun, NUTP mohon guru buat aduan

Kuala Lumpur, 30 Nov - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) hari ini melalui satu siaran kepada ahli-ahlinya memaklumkan berkenaan aduan yang diterima berkaitan pelaksanaan Peperiksaan Akhir Tahun di sekolah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekolah.


"Terdapat sekolah yang mengarahkan guru-guru menyediakan soalan peperiksaan akhir tahun 2020.


"Mereka (guru-guru) telah berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran dalam usaha melaksanakan PdP secara dalam talian dan mengisi pelaporan PdPR.


"Kini guru-guru terpaksa pula menyediakan soalan-soalan peperiksaan yang mana ia perlu dilaksanakan secara online, real time dan juga menggunakan pelbagai kaedah lain seperti soalan perlu dipos kepada pelajar dan sebagainya," jelas beliau.


NUTP turut mempersoalkan adakah peperiksaan sumatif tersebut mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi sekerinya terus dilaksanakan juga.


Beliau juga menggesa guru-guru membuat aduan kepada NUTP bersama bukti jadual peperiksaan sebagai rujukan ke Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon