Monday, 23 November 2020

PKPB: Sekolah memandu boleh beroperasi dengan SOP ketat

Imej hiasan via mySumber

KUALA LUMPUR: Institut Latihan Memandu di seluruh negara boleh beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sudah bersetuju untuk membenarkan aktiviti di semua institusi latihan memandu.


"Perkara ini sepatutnya dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada semua pemilik dan pengusaha sekolah memandu termasuk mematuhi SOP yang ketat bagi menghalang penularan COVID-19.


"Segala butiran dan syarat berkenaan boleh diperoleh dari kementerian berkenaan," katanya dalam sidang media harian COVID-19 hari ini.


Ismail Sabri berkata, soalan berkenaan aktiviti sekolah memandu itu diutarakan oleh pihak netizen yang ingin mendapatkan maklum balas secara lebih lanjut sama ada sekolah memandu dibenarkan beroperasi atau sebaliknya.


Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut mengulangi kenyataannya berhubung SOP isu mengisi buku dan imbasan kod bar aplikasi My Sejahtera.


"Orang ramai tidak perlu menulis buku yang disediakan di premis sekiranya mereka sudah melakukan imbasan pada aplikasi My Sejahtera dan begitu juga sebaliknya mereka harus mengisi buku disediakan sekiranya tidak melakukan proses imbasan.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon