Thursday, 5 November 2020

PKPB: Semua institusi pendidikan di tiga daerah tiga negeri ditutup

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media mengumumkan penutupan semua institusi pendidikan di daerah Dungun, Terengganu, daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dan daerah Kerian, Perak bermula 7 November 2020 hingga 20 November 2020.


Mukim-mukim yang terlibat adalah Mukim Rasau di Dungun, Mukim Jimah di Port Dickson dan Mukim Parit Buntar di Kerian.


Ini berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di mukim-mukim berkenaan yang juga telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


"Selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan oleh KKM, KPM memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di mukim-mukim yang terlibat akan ditutup bermula 7 sehingga 20 November 2020," katanya.


Keputusan ini melibatkan 73 institusi pendidikan di seluruh Daerah Dungun Terengganu, 67 institusi pendidikan di seluruh Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, 91 institusi pendidikan seluruh Daerah Kerian, Perak yang merangkumi sekolah rendah dan menengah, kolej vokasional dan sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM.










We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon