Sunday, 1 November 2020

Pegawai di PPD positif COVID-19


Jempol: Seorang pegawai pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu (PPDJJ) di sini disahkan positif Covid-19, semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jempol Syahrul Nizam Saleh berkata, pesakit kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.


Katanya, saringan ke atas 13 kontak rapat pesakit sudah dilakukan dan ketika ini, kesemuanya sedang menjalani kuarantin di rumah.


"Proses sanitasi membabitkan (PPDJJ) dan rumah juga sudah dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) petang semalam.


"Berikutan itu, PPDJJ berkenaan ditutup sehingga Ahad ini dan beroperasi semula keesokan harinya," katanya hari ini.


Syahrul Nizam yang juga Pegawai Daerah Jempol berkata, pesakit dipercayai dari Kluster bunga.


Dalam perkembangan lain, Syahrul Nizam mengingatkan orang ramai supaya tidak panik kerana keadaan di Jempol terkawal.


Katanya PKD dan agensi berkaitan sudah mengambil tindakan segera bagi mengawal keadaan.


"Kita juga berharap masyarakat tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita tidak benar sehingga menimbulkan suasana panik," katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon