Daripada media sosil, beginilah situasi dan keadaan jambatan yang putus di Ranau hingga mengakibatkan 3 orang murid terjatuh dan seorang patah kaki.
KEMALANGAN: JAMBATAN PUTUS DI RANAU, 8 PELAJAR JADI MANGSA
"Wslm cgu, ya. Student fizik sy patah peha dia, kena hantar di QEH. Dorang online di jambatan tu, satu2nya tempat yang ada coverage di Kg. Gusi. Sempat respon tugasan saya lagi sblm putus jambatan tu"
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
"Wahai Allah SWT tuhan kami yg maha kasih dan maha agung selamatkanlah pelajar2 kami (SMK ULU SUGUT RANAU) dari Kmpg Gusi yg terletak jauh di pedalaman Ranau.
Permudahkanlah segala urusan mereka. Seramai 8 org pelajar telah terjatuh dari atas jambatan gantung yg telah terputus dgn tiba2 setinggi 60 Kaki dari aras sungai. Demi semata-mata untuk mendapatkan laluan internet dan menyahut seruan pendidikan semasa pkpb. Ramai mereka yang telah tercedera anggota badan.Syukur kpd Allah SWT tiada laporan kehilangan nyawa berlaku."
CC - MP Ranau, Jonathan Yasin - ADUN Kundasang, DCM Joachim Gunsalam